• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Update Berita FAKTA

Gara-Gara Tak Buat ‘Research’ Tentang Taylor Swift, Hos Podcast Teruk Dikecam Warga Twitter

Pengguna media sosial tak boleh terima, hos podcast sembang hal peribadi penyanyi tanpa selidik fakta sebenar

by Puteri Alia
November 24, 2021
Foto - Twitter @pineabul

Foto - Twitter @pineabul

Share on Facebook

Tular di media sosial mengenai sebuah klip video podcast tempatan, berdurasi dua minit 20 saat tersebar di laman Twitter baru-baru ini.

Apa yang menjadi perhatian dan perbualan hangat warga media sosial, adalah hos podcast tersebut bercakap mengenai hal peribadi penyanyi antarabangsa popular, Taylor Swift tanpa menyelidik fakta kehidupan romantik penyanyi tersebut dalam siaran podcast.

Hos Akui Kesilapan Bercakap Tanpa Buat ‘Research’

Video yang tular itu mengundang banyak komen dan pandangan terhadap hos tersebut, dan salah satunya pengguna Twitter yang dikenali sebagai @pineabul memberi pandanganya tentang isu ini.

“Hai @TheSyafaNisa. Saya percaya lakukan kajian tak menyakitkan tapi biar saya tolong awak. Taylor berhubungan bersama Joe dan telah bersama selama 5 tahun. Malah mereka menulis lagu putus cinta (asing) bersama, jadi awak tak perlu risau pasal dia.” Tweet @pineabul

Foto – Twitter @pineabul / @TheSyafaNisa

Melihat tweet sedemikian, hos podcast @TheSyafaNisa atau dikenali sebagai Syifa, memberi komen balas dengan mengatakan terima kasih kerana mendidiknya dan mengakui dirinya bersalah kerana tidak buat kaji selidik dahulu kerana topik yang disembangkan adalah spontan.

“Terima kasih kerana mendidik. Saya percaya ianya salah saya tidak buat apa-apa kajian apatah lagi topik datang secara spontan semasa sesi rakaman, jadi apa yang saya katakan berdasarkan pemahaman saya sendiri yang tidak berasas. Terima kasih untuk maklumat.” Tweet @

Terima Kecaman Pengguna Media Sosial

Warga Twitter yang membaca tweet hos podcast tersebut, meluahkan rasa tidak puas hati mereka. Lantaran itu, ramai yang memberi komen mengecam tindakan hos podcast kerana warganet melihat perbuatan seperti itu seolah-oleh cuba menjatuhkan wanita.

“Hi Syifa, aku sangat kecewa dengan kau. Kau buat podcast, pastinya sesuatu yang kau lakukan bersama fakta bukan buat palatao. Kau cakap main palatao je dan macam mana orang percaya apa yang kau cakap? Ini tak baik. Tolong lepas ni buat kajian untuk podcast seterusnya. Kekal selamat!” Tweet @tiulakitumO2

“Walaupun spontan, kalau kau tak tahu apa-apa kau boleh cakap ‘Oh, saya tak tahu sangat pasal ni’ daripada kau pilih untuk trash talk tambah bercakap dia patut tunggu hingga dia putus cinta dengan teman lelaki dia sekarang ni. Lol. Urgh susah, jatuhkan wanita lain dan untuk apa?” Tweet @NabilahSafinaa

Foto – Twitter @tiulakitumO2 / @NabilahSafinaa

“Tak faham kenapa kau persoalkan hak dia untuk buat muzik pasal bekas teman lelaki dia. Ada jer pasal kehidupan remaja, tekanan, haters, hidup berparti. Artis lain tak pernah buat lagu pasal bekas teman lelaki ke? Kalau dia buat lagu pasal bekas teman lelaki dia pun, ramai orang masih boleh kaitkan dengan kehidupan cinta dia orang.” Tweet @rshbdrf_

“Dengar perkataan keluar dari mulut wanita sangat mengecewakan. Ianya fakta yang kau sedar kenyataan kau tak berasas, tapi kau tetap teruskan bercakap buruk pasal dia dalam klip ini ia memalukan.” Tweet @ariiyamo

Foto – Twitter @rshbdrf_ / @ariiyamo

Mahu Hos Minta Maaf

Selain menerima kecaman dari warga Twitter, warganet juga mengatakan mereka mau hos podcast memohon maaf dan bukan sekadar mengaku salah semata-mata di media sosial.

Tersenarai Dalam Forbes, Shah Rukh Khan Kini Sertai Kelab Bilionair
Foto – Twitter

“Kau patut minta maaf.” Tweet @hOeizm

“Minta maaf lah akak. Tak comel jatuhkan wanita lain.” Tweet @tsamelia_17

“Terima kasih” ” Saya percaya” Ok mana “Saya minta maaf” Tweet @raypreve

“Aku percaya “Saya percaya ianya salah saya” tak cukup untuk tebus balik selepas kau fitnah dia lebih dari 2 minit berterusan. Minta maaf kalau kau betul menyesal 🙂 ” Tweet @christinec_art

Apa pandangan anda tentang isu ini?

podcastTaylor SwiftThinker
https://lomp.at/154ff
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

FAKTA

Faliq & Chryseis Tan Nikah Februari Ini, Netizen Persoalkan Status Agama

by Zaidin Albert
January 4, 2018

'Kalau dah jodoh tak kemana’, seperti pasangan sepadan ini yang memutuskan untuk melangsungkan pernikahan pada bulan Februari ini. https://www.instagram.com/p/BdY3-4XjzKq/?taken-by=chrystan_x Menerusi...

Read moreDetails
FAKTA

Suami Dibunuh Kejam Komunis, Ini Kisah Sebenar Mangkuk Tingkat Mak Teh

by Khai Azfar
May 10, 2021

Selain himpunan lagu-lagu raya dimainkan di corong radio, iklan raya yang dihasilkan oleh pelbagai penggiat industri juga antara dinanti-nantikan saban...

Read moreDetails
FAKTA

6 Fakta Menarik ‘Mall’ Terbaru LaLaport BBCC, Dulu Merupakan Tapak Penjara Pudu

by Phic ARMAN
January 20, 2022

Generasi sekarang mungkin tidak tahu Bukit Bintang City Centre (BBC) atau kini berdiri megah pusat membeli-belah terbaru LaLaport BBCC sebenarnya...

Read moreDetails
FAKTA

Berhantu? Ini Senarai Tempat ‘Keras’ Yang Ada Di Malaysia

by Jash Lee
August 15, 2020

Anda pernah dengar filem mistik yang bertajuk 'Bangunan'? Jom kita tengok bagaimana filem ini dirakam dan misteri tempat yang dikosongkan...

Read moreDetails
FAKTA

Selepas ‘Kardashians Kelantan’, ‘The Azmin’Pula Jadi Tumpuan Netizen

by Khai Azfar
July 16, 2021

Sejak minggu lalu, anak-anak kepada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menjadi tumpuan warganet berikutan salah seorang daripadanya menafikan bahawa mereka...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  2. 2

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  3. 3

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

  4. 4

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  5. 5

    Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore