• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Fesyen

“Lebih Teruk Dari Kardashian”- Netizen Dedah Jenama dUCK Ciplak Idea Inner Valley

Jenama dUCK dikatakan telah memusnahkan impian perniagaan kecil berulang kali.

by Naddy Joe
November 24, 2021
Share on Facebook

Jenama fesyen terkenal, dUCK dikatakan telah meniru idea rekaan sebuah jenama yang dikenali sebagai Inner Valley.

Didakwa Musnahkan Impian Perniagaan Kecil Berulang Kali

Menerusi pendedahan seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai @loftsedfaun ,dia mendakwa  dUCK telah beberapa kali memusnahkan impian perniagaan kecil.

“Wahai @vivyyusof dan @lilit_woman dan @FashionValet. Saya harap anda mengalami hari yang hebat sekali lagi untuk memusnahkan impian perniagaan kecil berulang kali.

Ia jelas menunjukkan bahawa anda semua adalah kapitalis yang berpakaian sebagai usahawan yang mesra”-tweet @loftsedfaun

Tambahnya lagi, dikatakan tiada sebarang perniagaan kecil yang membawa kes ciplak diantara dari dUCK dan Lilit telah memenangi tuntutan kes mahkamah.

“Setakat ini, tidak ada satu pun perniagaan kecil yang alami ‘plagiarisme’ daripada itik  (dUCK) dan lilit pernah memenangi sebarang kes” katanya lagi

Lebih Teruk Dari The Kardashians

Meluahkan rasa kecewa, netizen itu turut beranggapan hanya kerana pihak tertentu mempunyai wang,mereka boleh melakukan apa sahaja. Malah, dia turut menyifatkan sikap mereka lebih teruk dari keluarga selebriti Hollywood, Kardashian.

“adakah kerana anda mempunyai wang anda boleh memijak kepala orang lain? dan ia bukannya sekali? Saya tidak mempunyai kuasa untuk menjatuhkan perniagaan anda, tetapi kenapa sering ‘mencuri dan bukannya berkolaborasi?’

“Hanya kerana mereka mempunyai wang. Akan melakukan apa sahaja untuk menghancurkan hati orang lain dan kekal relevan dan kaya. Mereka ini lebih teruk dari Kardashians. Saya tidak akan tipu

Selama bertahun-tahun, mereka melakukannya lagi. Adakah KEASLIAN DIANGGAP BERLEBIHAN UNTUK PEREKA FESYEN YANG DIBAYAR TINGGI OLEH PASUKAN ITIK (dUCK)?” tegasnya

Walaubagaimanapun, sehingga kini pihak yang terlibat masih belum memberikan sebarang kenyataan berhubung dakwaan tersebut.  Terdahulu, jenama dUCK pernah terpalit dengan isu ciplak membabitkan beberapa jenama dalam dan luar negara.

Duckinnervalleyvivy yusof
https://lomp.at/n8p4k
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Fesyen

[VIDEO] Syed Saddiq Bercakap Pasal Isu Kad Jemputan Kahwin & Persiapan Raya

by Phic ARMAN
January 29, 2026

Baru-baru ini, tular satu video yang menunjukkan Syed Saddiq dipercayai menyerahkan kad jemputan, dan terus mencetuskan pelbagai spekulasi netizen tentang...

Read moreDetails
Fesyen

Ada Sebab Kenapa Izara Aishah Terpaksa Suruh Aliff Syukri ‘Behave’

by Phic ARMAN
December 17, 2025

Kalau sebut nama Izara Aishah, ramai sudah tahu pelakon jelita ini memang terkenal dengan sikap teliti dan cukup mementingkan kualiti....

Read moreDetails
Fesyen

Dah 59 Tahun, Tapi Ramai Tak Tahu 5 Rahsia Dr. Cardin Ini

by Phic ARMAN
December 18, 2025

Dr. Cardin bukan jenama biasa ya, sudah lebih 59 tahun wujud diMalaysia, tapi masih kekal relevan sebab sentiasa evolve ikut...

Read moreDetails
Fesyen

“Boleh Kreatif Tapi Jangan Rosakkan Identiti Baju Melayu”- Zac Daniel, Model

by Phic ARMAN
January 29, 2026

Zac Daniel bukanlah nama asing dalam dunia fesyen dan peragaan. Dengan lebih 5 tahun pengalaman menapak di pentas fesyen tempatan,...

Read moreDetails
Fesyen

Baju Kebaya To’ Puan Syamim Farid Curi Perhatian, Pereka Fesyen Bukan Biasa-biasa

by Phic ARMAN
February 2, 2026

Kalau anda  ikut perkembangan fesyen tempatan, pasti perasan To’ Puan Syamim Farid muncul dengan aura tersendiri dalam koleksi Baju Kebaya...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pelancong Dakwa Terpedaya Harga Makanan RM2 Di Kawasan Tumpuan Pelancong

  2. 2

    Nasi Berlauk Sedap RM5 Jer, Ini Warung Yati Di KL Yang Wajib Singgah!

  3. 3

    Garfu Kayu Bentuk Kepala ‘Batman’ Undang Kritikan Netizen

  4. 4

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  5. 5

    Selepas London, ‘Next’ Destinasi Mana? Ini Kata Tony Fernandes

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore