Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Iqbal Zulkefli Tidak Sihat? Selalu Menitiskan Air Mata, Jadi ‘Overthinking’

Iqbal diminta oleh doktor untuk berehat dan sudah dua minggu mengambil ubat tersebut.

by Naddy Joe
November 25, 2021
Share on Facebook

Usahawan muda,Iqbal Zulkefli  berkongsi perkembangan dirinya terkini. Menurut Iqbal, dia kini mudah untuk menitiskan air mata tanpa disedari sehingga terpaksa mengambil ubat yang disarankan oleh doktor.

Mudah Menitiskan Air Mata Tanpa Sedar

Menerusi Insta Stories, Iqbal diminta oleh doktor untuk berehat dan sudah dua minggu mengambil ubat tersebut. Namun begitu, keadaan menjadi berlarutan apabila dia turut bermimpi menangis ketika sedang tidur.

“Sejak kebelakangan ini saya tiba-tiba jadi mudah menitis air mata tanpa sedar. Doktor berikan ubat tidur supaya saya berehat. Sudah dua minggu saya telan. Tapi terbawa semasa tidur pun saya mimpi menangis. Selalunya saya tak begini.”- Kongsi Iqbal

Tiba-tiba Menitiskan Air Mata Sewaktu Bertugas Di Studio TV

Tambah Iqbal lagi, air matanya pernah mengalir secara tiba-tiba berulang kali sewaktu bertugas di studio TV baru-baru ini

“Baru-baru ini saya bertugas di studio TV, tiba-tiba air mata saya mengalir. Bukan sekali namun berkali-kali bersiaran saya menitiskan air mata.

Saya tidak tahu apakah yang dapat pulihkan hati, emosi dan perasaan saya ketika ini. Hanya berdoa.”- kata Iqbal

Akui Menjadi Sensitif

Iqbal atau nama penuhnya Ahmad Iqbal Zulkefli mengakui telah menjadi sensitif terutama memikirkan orang yang disayangi dan takut untuk berasa kehilangan lagi.

“Saya jadi sensitif fikirkan orang yang saya syang. Saya takut kehilangan lagi. ‘Overthinking’ kalau jauh saya jadi terfikir ‘macam mana kalau orang tu kemalangan, kalau orang tu demam, atau terjatuh kerusi’.

Sehinggakan saya risau kalau orang tersebut lapar. Padahal bukannya saya risaukan pada budak kecil.”- Kongsi Iqbal

Semoga cepat sembuh Iqbal..

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Ahmad Iqbal Zulkefli
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  2. 2

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

  5. 5

    Ramai Tak Tahu, Terrapuri Heritage Resort Di Terengganu Ini Dibina Daripada Rumah Melayu Tradisional Berusia Ratusan Tahun

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara