Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

“Kerja Saya MC Tak Laku”- Janna Nick Minta ‘Discharge’ Awal, Kasihankan Produksi Terlibat

Janna tidak sampai hati untuk membiarkan mereka yang terlibat menunggu terlalu lama.

by Naddy Joe
November 25, 2021
Share on Facebook

Beberapa hari yang lalu, pelakon dan pengacara sensasi Janna Nick dimasukkan ke hospital selepas disahkan menghidap vertigo. Walaubagaimanapun, Janna meminta untuk keluar dari hospital disebabkan tuntutan kerja.

Faktor Kerja Yang Libatkan Ramai Orang

Menerusi Insta Stories, Janna memberitahu bahawa kerjanya melibatkan ramai orang dan tidak sanggup untuk membiarkan mereka terpaksa menunggunya terlalu lama.

“Mintak discharge from the hospital. Sebab.. Kerja kita ni melibatkan ramai orang. Tak sampai hati nak buat orang tertunggu.”- kongsi Janna

Tambahnya lagi, bagi penyakit tersebut lazimnya doktor akan memberi cuti sakit 5 hingga 7 hari. Namun, Janna menolaknya atas faktor kerja.

“Doktor cakap ‘vertigo ni biasanya saya bagi MC 5-7 hari’.

Saya reply ‘kerja saya MC tak laku’. Maka discharge la keluar.. terus bergerak ke set.”- katanya lagi

Kesan Daripada PKP

Dalam pada itu, Janna menjelaskan bahawa dia tidak mahu bekerja secara berterusan. Namun, disebabkan kesan daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penggambaran drama yang dijadualkan selama 3 bulan telah berubah menjadi 7 bulan. Manakala, mereka yang terlibat perlu menghabiskan kerja tersebut dengan kadar bayaran yang sama.

“Tahu ramai concern, ‘Please rest..jangan kerja teruk sangat’. Saya bukan nak kerja back 2 back.Tapi ni la kesan dari PKP1/PKP2 ETC. Drama yang sepatutnya shoot 3 bulan dah jadi 7 bulan. Payment tetap sama. Krew tetap kena habiskan job tersebut”- luahnya

Berharap Tiada Lagi ‘Lockdown’

Tambahnya, dia turut berharap agar tiada lagi  sekatan mahupun perintah berkurung dikenakan agar perkara sebegini tidak berlaku lagi pada masa akan datang.

“So kita tak boleh selfish. Nak fikirkan diri sendiri. Kena berkorban emosi & fizikal. So semua orang boleh sambung kerja yang seterusnya.

Saya cuma harap perkara-perkara macam ni tak terjadi lagi.”- katanya

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
janna nick
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Lepas Syed Saddiq Dibebaskan, Posting Space Dollah Buat Netizen Tersenyum

  2. 2

    Kejadian Wanita Hamil di Lotus’s Selayang Buatkan Ramai Geram, Netizen Ingatkan Kuasa Boikot

  3. 3

    Naik Flight Biasa, Beratur Di Hospital, Ini Kisah Ameer Mydin Yang Buat Ramai Respek

  4. 4

    Peminat Filem Dedah ‘Dark Side’ Mark Wahlberg Di Penang,-“Jangan Terlalu Excited Dulu”

  5. 5

    Rumah Landed Pun Ada ‘Rules’? Ini Pengajaran Daripada Kes Jenazah Dihalang Masuk Arahsia Residences

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara