Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Ditanya Bagaimana Nak Uruskan Barang Kemas Ibu Walaupun Masih Berhutang, Ini Penjelasan PU Syed

Ditanya soal apa perlu dilakukan pada tinggalan barang kemas milik arwah ibu, ini jawapan pendakwah bebas

by Puteri Alia
November 29, 2021
Foto - Instagram @pusyed_official

Foto - Instagram @pusyed_official

Share on Facebook

Baru-baru ini pendakwah bebas terkenal tanah air, Pencetus Ummah (PU) Syed Mohd Bakri ditanya mengenai soal hutang dan barang kemas tinggalan milik arwah ibu kepada salah seorang pengikutnya. Pendakwah ini beri respon dan penjelasan ringkas bagi menjawab isu berbangkit tersebut.

Wajib Selesaikan Hutang Guna Harta Tinggalan

Menerusi tangkap layar mesej perbualan yang dikongsikan di Instagram pendakwah tersebut, seorang individu meminta nasihat apa yang perlu dilakukan bagi mengurus barang kemas milik arwah ibunya dan sekaligus menyelesaikan hutang yang ditinggal arwah.

Menjawab soalan tersebut, PU Syed mengatakan anak-anak wajib menyelesaikan hutang milik arwah dengan menggunakan harta yang ditinggalkan.

Foto – Instagram @pusyed_official

“Soalan mengenai hutang arwah.

Bila seseorang mati dan meninggalkan hutang dan si mati juga mempunyai harta maka WAJIB di selesaikan hutangnya dengan menggunakan harta yang telah ditinggalkan.

Dalam situasi di atas… Anak-anak perlu menyelesaikan hutang arwah ibu dengan menjual barang-barang kemas yang telah ditinggalkan.

Jiwa orang yang berhutang akan tergantung selagi mana dia tidak melunaskan hutangnya terlebih dahulu. Ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW: “Jiwa seorang mukmin tergantung dengan hutangnya sehingga dilunaskan hutang baginya.” Hadith riwayat Imam al Tarmidzi: (1079)

Dosa berhutang juga tidak terampun kecuali dihalalkan oleh di pemiutang tersebut walaupun mati sebagai syahid. Rasulullah SAW bersabda: “Diampunkan semua dosa bagi orang yang terkorban mati syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia).” Hadith riwayat Imam Muslim: (1886)

Kaedah penjualan sama ada dijual kepada mereka dengan harga semasa atau kepada pihak lain. Namun apa yang pasti.. Hutang kena diselesaikan dan jika ada baki barulah difaraidkan.” Jelasnya

Wasiatkan Barang Kemas Pada Waris Perempuan Tak Valid – PU Syed

Seorang lagi individu bertanyakan hal yang serupa dan meminta maklumbalas dan penjelasan PU Syed, mengenai barang kemas yang diwasiatkan secara lisan untuk adik-beradik perempuan, dan soal urusan menjual beli barang kemas.

PU Syed Beri Teguran Terhadap Zarina Anjoulie & Daddy Ash!

Selain itu, individu tersebut juga menyoal sama ada abang sulungnya berhak atau tidak untuk mendapat pembahagian barang kemas tersebut kerana individu tersebut memaklumkan bahawa abangnya tidak menjalankan tanggungjawab kepada ibu bapa mereka.

Melihat soalan yang diajukan itu, pendakwah bebas ini memberi empat penjelasan ringkas bagi menjawab kemusykilan individu berkenaan.

Foto – Instagram @pusyed_official

“Masih lagi soalan tentang isu barang kemas.

1.Sewajarnya barang kemas tersebut dijual bukannya digadai dan hasil jualan tersebut difaraidkan.

2.Waris boleh beli barang kemas tapi mestilah dengan harga semasa atau harga yang disepakati oleh semua waris dan hasil jualan tersebut difaraidkan kepada semua waris.

3.Wasiat supaya diberikan barang kemas hanya kepada waris perempuan tidak valid kerana asasnya tiada wasiat (harta) kepada ahli waris kecuali perlu mendapatkan persetujuan semua waris ketika hendak melaksanakannya.

Isu anak lelaki tidak melaksanakan tanggungjawab terhadap arwah ibu dan juga kepada ayah adalah isu lain. Allah akan memberi balasan kepada anak-anak yang durhaka kepada orang tuanya.. Namun ianya tidak boleh dijadikan hujah untuk tidak memberi hak perwarisan kepada anak lelaki itu.” Jelasnya lagi.

Apa pendapat anda tentang isu ini?

barang kemashutangPU Syedwasiat
https://lomp.at/gp8w3
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @noornabila (IG)
Lokal

Noor Nabila Buka Mulut Tentang Kekasih Baru, Netizen Lega Bukan Aliff Aziz

by Nurul A.
February 5, 2026

Usahawan dan pempengaruh gaya hidup, Noor Nabila kembali mencuri perhatian ramai apabila memuat naik gambar mesranya bersama seorang jejaka. Menerusi...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Bapa Mentua Kongsi Momen Kamal Adli & Hawra, Netizen Terharu!

by Naddy Joe
February 13, 2026

Baru-baru ini tular satu video di Threads yang memaparkan pelakon, Kamal Adli sedang meluangkan masa bersama anak perempuannya iaitu Hawra...

Read moreDetails
Lokal

Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

by Naddy Joe
January 30, 2026

Ratu rock negara, Ella baru-baru ini mengadakan sebuah majlis istimewa bertemakan “Jamuan Tengah Hari Bersama Ella” telah diadakan pada 29...

Read moreDetails
Foto - @syafiqkylez (IG)
Lokal

“Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

by Nurul A.
January 28, 2026

Perjalanan sebagai seorang pelakon dalam industri hiburan yang sangat kompetitif tidaklah mudah seperti yang disangka. Dan Pelakon Syafiq Kyle tampil...

Read moreDetails
Foto - @kamaladli (Threads)
Lokal

Kamal Adli Tak Lupa Sebut Nama Uqasha Senrose Untuk Kejut Sahur- “Lawak Tapi Kesian”

by Nurul A.
February 20, 2026

Pelakon Kamal Adli sekali lagi menjadi perbualan ramai apabila memuat naik video kejut sahurnya pada hari kedua berpuasa di platform...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  2. 2

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

  3. 3

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  4. 4

    Tak Perlu Ke Thailand! Restoran Ini Hidang Rasa Thai Yang Autentik Di Hulu Langat

  5. 5

    “Naik Kereta Ni Tak Terasa Seperti Bruce Wayne, Tapi Rasa Macam Putera Mateen”-Ujar Alif Satar

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara