Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Amerul Affendi Mohon Sokong Filem Prebet Sapu, Sedar Status Diri Dalam Industri Seni

Amerul Affendi kemudian memberi penjelasan bahawa dirinya bukanlah siapa-siapa dalam industri ini dan akui masih sedar diri.

by Naddy Joe
November 30, 2021
Share on Facebook

Pelakon berbakat besar, Amerul Affendi dipersoal seorang warganet setelah mempromosikan filem yang dibintanginya, Prebet Sapu yang bakal ditayang di pawagam pada 16 Disember ini.

Menerusi laman Twitter, Amerul dilihat sedang mempromosikan filem tersebut dan menitipkan harapan yang besar agar filemnya bakal mendapat sambutan yang hebat dari orang ramai.

“Saya & rakan-rakan yang tak ada jutaan follower ini akan keluarkan sebuah filem bertajuk #PrebetSapu pada 16/12/2021 di pawagam..

Semoga dengan sambutan yang hebat dari anda di panggung akan mengubah persepsi station tv & producer tentang perlu ada 1 juta followers untuk satu-satu karya itu berjaya.”-ciap Amerul

“Tak Payah Tweet Macam Ni Lah Bro”-Tweet

Namun, seorang warganet memberitahunya untuk tidak berbuat sedemikan kerana ramai pihak menghargai hasil kerja pelakon itu yang juga popular menerusi filem Crossroads: One Two Jaga.

“Tak payah tweet macam ni lah bro. Ramai je appreciate kerja kau. Orang tengok punya”- ciap warganet tersebut

Susulan itu, dia membalas komen tersebut dengan menjelaskan dia sedar akan kedudukan dirinya dan berasa kesal dengan layanan yang diterima di dalam industri seni.

“Saya bukan siapa-siapa bro dalam industri ni..Tengok sahaja layanan yang saya dapat. Jadi saya sedar diri dan sedar ruang.”-Jelas Amerul

Sekadar info, selain Amerul, Prebet Sapu turut diterajui Mei Fen Lim dan menampilkan Bront Palarae, Sharifah Amani, Nam Ron, Nadiya Nisaa, Chew Kin Wah, Jay Iswazir, Anas Ridzuan, Roslan Madun serta ramai lagi. Dikhabarkan Prebet Sapu telah terpilih mewakili Malaysia bagi kategori Filem Cereka Antarabangsa Terbaik pada Anugerah Akademi Ke-94 di Los Angeles (LA), Amerika Syarikat (AS), tahun depan.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
amerul affendi
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tolonglah Normalkan Diri Jadi ‘Anjing’ JPJ”- Zhiddin Aziz Perjelas Maksud Istilah Digunakan

  2. 2

    Bayar RM600 Tapi Tak Dapat Duduk Homestay? Luahan Keluarga Cetus Perdebatan Tentang Hak Pengguna

  3. 3

    Baby Shima ‘Bidas’ Zhiddin Aziz Selepas Dihina Di Media Sosial?-“Saya Alhamdulillah Tak Ciplak Karya Orang…”

  4. 4

    “Masih Jadi Keluhan Pengguna,” Isu RFID dan SmartTag Di Plaza Tol Kembali Hangat Diperkatakan

  5. 5

    Beacon Resort Dekat KL Ini Buat Ramai Mahu Pergi, Tak Sangka Seindah Ini!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara