Perdana Menteri kesembilan Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri baru saja menyempurnakan majlis pemasangan puncak menara Merdeka 118 semalam.
PM Bangga ‘Lahir’ Ikon Global Baru
Berikutan perasmian mercu tanda baharu itu, Perdana Menteri berkongsi rasa gembira dengan meluahkan rasa bangga dan terujanya di akaun Twitter nya semalam.
“Teruja dan banga dengan berdirinya ikon global, Merdeka 118 yang merupakan menara kedua tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa!
Menara 118 menjadi menara tertinggi di Malaysia serta Asia Tenggara dengan ketinggian 678.9 meter. #KeluargaMalaysia #BekerjaBersamaRakyat” kongsinya di Twitter
Netizen Selar Tak Guna Bangga Kalau Rakyat Masih Miskin
Melihat tweet Perdana Menteri tersebut, ramai warganet memberi komen dan kritikan di laman Twitter nya dengan mengatakan tak guna berasa bangga dengan mercu tanda yang tinggi dan gah kalau rakyat sendiri masih ada yang menderita dan miskin.
“Bangga ke bangunan tinggi tapi rakyat ramai hidup dalam kancah kemiskinan, terdesak dan terseksa?? Bangga untuk apa sebenarnya??”
“Nak bangga apa lah dengan benda ni? Tengok lah di bawah tu, di tepi jalan tu. Masih mengemis, masih kutip tin kosong, masih tiada tempat berteduh. Harga barang keperluan makin naik. Kau buat apa ba*****?” komen warganet
“Memalukan. Apa nak bangga pak long kalau menara setinggi bulan tapi masih ada rakyat kelaparan! Semoga tuhan laknat pemimpin culas.”
“Menara tinggi menggunung pastu tandas masih kena bayar… Makanan asas, sayur dengan roti naik harga.. Bangga lah.. Buat lah bangunan tinggi-tinggi sampai nampak neraka” komen mereka
“Menara kedua tertinggi di dunia tapi gaji minimum rakyat RM1,200. Ba*****”
“Sungguh memalukan apabila Malaysia hanya dipandang moden disebabkan hanya satu bangunan tinggi tapi benda lain masih kuno” komen mereka lagi
Apa pandangan anda tentang isu ini?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.