Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Ditahan Di Penjara! Isma Halil Mohon Maaf, Difitnah Terlibat Dengan Dadah

Isma berkata ketika ini dirinya berada dalam keadaan sihat di Penjara Sungai Buloh

by Khai Azfar
December 2, 2021
Share on Facebook

Mengesahkan spekulasi dirinya telah ditahan, penyampai radio Bapakku FM, Isma Halil Hamzah terlebih dahulu memohon maaf kepada peminat dan pengikutnya berikutan tidak dapat lagi ke udara di radio.

Isma Difitnah 

Berkongsi dengan lebih lanjut mengenai perkembangan dirinya, Isma berkata ketika ini dirinya berada dalam keadaan sihat di Penjara Sungai Buloh. Namun begitu, dia menegaskan bahawa segala tuduhan bersabit dadah yang dilemparkan terhadap dirinya sebelum ini adalah tidak benar.

“Terima kasih kepada semua sahabat yang saya ada. Dan saya sihat adanya di Sungai Buloh Ini.

“Demi Allah, saya tidak seperti berita negatif yang terfitnah kepada saya.

“Maafkan saya sebab tidak ke udara lagi. Sabarlah semua sahabat. Berpisah adalah untuk bertemy lagi. Terima kasih kerana menyokong saya, ”katanya dalam sebuah nota

Peguam Mohon Henti Spekulasi 

Menurut Utusan Malaysia, nota ringkas tersebut diberikan kepada peguamnya, Ahmad Zaharil Muhaiyar dan Adi Zulkarnain semasa kedua-dua mereka bertemu dengan anak guamnya kelmarin.

Menurut Ahmad Zahir, Isma dituduh dan belum lagi dibicarakan mahupun disabitkan lagi untuk pertuduhan yang dikenakan.

“Berikutan itu, saya mohon semua pihak tidak menimbulkan sebarang spekulasi lagi selepas ini.

“Untuk makluman semua, sebutan di Mahkamah Majistret Jalan Duta telah ditetapkan pada 15/12/2021 untuk laporan jabatan kimia.

“Jika laporan tersebut sudah siap, maka kes akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan (kes ini hanya boleh dibicarakan di Mahkamah Tinggi sahaja),” kata Ahmad Zahiril

Untuk rekod, Isma telah ditahan reman di Penjara Sungai Buloh di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya yang mana jika disabitkan boleh dikenakan hukuman mati mandatori.

Terdahulu, Murai.my melaporkan tangkap layar yang tular di media sosial mengenai seorang penyampai radio dipercayai dirinya yang ditahan pihak polis selepas didapati memiliki dadah jenis ganja Dalam tangkap layar yang disebarkan oleh netizen itu menyatakan lelaki tersebut disahkan positif setelah menjalani ujian air kencing.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Isma Halil Hamzah
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    ANSA Hotel Kuala Lumpur: Hotel Tengah Bukit Bintang Ini Jadi Pilihan Ramai, Keluar Je Terus Sampai Pavilion, Lot 10 & Jalan Alor!

  2. 2

    Bakal Jadi ‘Hotspot’ Majlis Kahwin! Istana Sakura Hall Rasmi Dibuka Dengan Gaya Glamor

  3. 3

    ‘The East Palace’ Netflix Bawa Penonton Rentas Alam Roh, Pada 17 Julai Ini!

  4. 4

    “Mereka Juga Selayaknya Terima Penghargaan Ini”- UAI Terima Anugerah Tokoh Maal Hijrah

  5. 5

    Ramai Tak Sangka, Chef Kecik Boulangerie Di Kajang Hidang Pastri Premium Bertaraf Kafe Eropah!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara