Baru-baru ini, jutawan kosmetik Datuk Seri Vida (DSV) membuat perkongsian ingin mencari pembantu peribadi yang baru dan mempunyai ciri-ciri seperti lelaki bujang serta berumur lingkungan 25-30 tahun. Susulan itu, pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Syed Mohd Bakri tampil memberikan pesanan mendalam terhadapnya.
PU Syed Bagi Pesanan Deep
Menerusi sebuah hantaran di Instagram, PU Syed memberitahu bahawa adalah sebaiknya bagi seorang wanita melantik pembantu peribadi (PA) dikalangan wanita untuk mengelakkan fitnah dan tohmahan.
“Sebaiknya bagi seorang wanita lantiklah seorang wanita juga untuk dijadikan sebagai pembantu peribadi.
Begitulah bagi lelaki, kerana ianya lebih baik dari sisi syarak dalam mengelakkan pelbagai fitnah dan tohmahan.
Susah nanti nak jaga dari sudut pergaulan, aurat, dan pelbagai lagi..”-tegur PU Syed
“Wajib Handsome”-DSV
Selain mencari lelaki bujang dan masih muda, DSV turut menetapkan salah satu kriteria bagi PA nya harus mempunyai rupa paras yang kacak.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.