Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Nafi Gaji PA Sebanyak RM50,000! Iqbal Zulkefli Dedah Gaji Permulaan Hanya RM1,400

Iqbal memberitahu kenyataan yang diberikan oleh DSV  mengenai gajinya adalah tidak benar

by Naddy Joe
December 7, 2021
Share on Facebook

Usahawan Ahmad Iqbal Zulkefli tampil membidas kenyataan yang diberikan oleh bekas majikannya, Datuk Seri Vida (DSV) mengenai bayaran gaji sebanyak RM50,000 ketika berkhidmat sebagai pembantu peribadi (PA) kepada jutawan kosmetik itu.

Hanya Mendapat RM1,400 Sebagai Gaji Awal

Menerusi Insta Stories, Iqbal mendedahkan kenyataan yang diberikan oleh DSV  mengenai gajinya adalah tidak benar dan hanya mendapat RM1,400 sebagai permulaan gaji/

“Minta maaf saya mencelah. Kenyataan tentang gaji saya RM50,000-100,000 tidak benar. Sebetulnya pada awal bermula RM1400. Tahun ketiga barulah RM2000++. Itupun saya selalu bekerja dari sampai subuh.

Gaji saya sama sahaja dengan staff lain, bahkan ramai staff yang lebih tinggi. Cuma siapa rajin dan kreatif buat sales, mereka akan dapat setimpal dengan usaha.”-Jelas Iqbal

“Apa Salahnya Jika PA Wanita?”- Iqbal

Tambahnya, dia turut berpendapat DSV sepatutnya mengambil PA dikalangan wanita yang kini serba mengetahui pelbagai perkara. Malah, dia turut memerli sinis DSV mengenai tujuannya ingin mengambil PA lelaki.

“Apa salahnya jika P.A wanita? Wanita sekarang juga sudah pintar edit video, bijak berniaga, dan boleh lakukan segala bukan? Tidak cukup baguskan staff yang ada sekarang? Mereka juga sudah banyak belajar. Ramai lagi staff yang tidak mendapat perhatian sepenuhnya.

Atau mahu P.A lelaki bertujuan untuk berjoget lagu hindustan seperti yang pernah lakukan selepas buang saya dulu? Itu bukan menyakitkan saya tetapi menjatuhkan martabat janda”- tulis Iqbal

Rayu Hormati Privasi

Dalam pada itu, Iqbal turut merayu agar DSV menghormati kehidupan baharunya di Indonesia kerana kenyataannya usahawan mengenai perihal gaji hanya akan mendatangkan fitnah.

“Saya dah lama tak sebut nama beliau. Kalau tidak kacau saya, saya pun akan diam. Tapi ni mendatangkan fitnah. Gaji saya sama sahaja dengan staff lain. Saya berterima kasih dan kenang jasa sampai bila-bila tetapi jangan pusing.

Tolong. Saya mohon. Saya penat. Hormati privasi saya. Saya juga akan hormati. Tidak usah ditokok tambah lagi. Teruskan hal sendiri. Di Indonesia, mahu fokus untuk yang betul-betul serius menyayangi saya.”- katanya

Error happened.
Iqbal Zulkefli Kongsi Detik Cemas Pembantu Rumah 'Meracau'-"Saya Sangka Kena Rasuk.."
datuk seri vidaiqbal zulkefli
https://lomp.at/nugla
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  3. 3

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  4. 4

    Arab Saudi Laksana Hukum Hudud, Saiful Apek Kecewa Yassin Masih Ditahan Atas Tuduhan Berat

  5. 5

    Ramai Tengah Serbu Seri Negara KL, Tempat Bersejarah Ini Kini Nampak Lebih Moden

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara