Tuesday, June 24, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Ifa Raziah Selamat Berangkat Menunaikan Umrah, Mahu Doakan Malaysia Di Raudhah & Kaabah

Ifa ingin memanfaatkan rezeki yang diperolehi ke Mekah dengan doakan buat negara tercinta

by Khai Azfar
December 9, 2021
130
KONGSIAN
Share on Facebook

Penyanyi, pengacara dan usahawan terkenal, Ifa Raziah selamat berangkat ke tanah suci Mekah bagi menunaikan ibadah umrah. Perihal tersebut dimaklumkan Ifa atau nama sebenarnya Saripah Raziah Mustapha ketika dihubungi Murai.my pada petang Rabu.

Ifa Bersyukur Dapat Tunaikan Umrah, Lebarkan Sayap Perniagaan 

Menurut Ifa, dia berasa syukur dan bertuah kerana dapat menunaikan umrah buat kali ketiga selain menyifatkan ia sebagai satu peluang serta rahmat dari Allah SWT.

“Ini adalah kali ketiga saya mengerjakan umrah dan Insyallah saya akan balik pada 1 Januari hadapan. Sebelum saya berangkat, saya persiapkan segala kerja disini memandangkan saya akan berada di Mekah agak lama.

Sekarang saya tengah mengembangkan bisnes.Selain di Malaysia dan Singapura,  produk saya dah masuk Arab Saudi. Jadi sebab itulah saya lama dekat sana nanti. Sambil mengerjakan umrah, saya juga perlu uruskan soal perniagaan disana. Mana tahu rezeki saya melimpah ruah disini” getus Ifa

Dalam pada itu, Ifa yang juga dikenali peminat sebagai Miss Diva mengambil peluang untuk menjelaskan lebih lanjut mengenai perkongsiannya di Instagram yang kadangkala memperlihatkan penampilannya manis berhijab.

View this post on Instagram

A post shared by Ifa Raziah (@ifa_raziah)

“Insyallah doakan yang baik-baik mungkin yang tengok saya bertudung itu mungkin sebab dia masuk pertama kali tengok saya sedemikian. Selalunya selepas subuh saya akan masuk kelas mengaji secara online dan terus buat live, itulah amalan saya setiap hari. Selepas itu saya akan berniaga dengan memakai pakaian sedemikian seperti bertudung sebab saya dah malas nak bersiap. Teruskan saja.

“Setiap orang hikmah dan hidayahnya nya adalah berbeza. Macam saya walaupun belum berhijab sepenuhnya saya dapat rezeki dan dipilih oleh Allah SWT daripada jutaan hambaNya untuk mengerjakan umrah kali ketiga. Mungkin Allah tahu saya macam mana sebab Dia yang jadikan kita dan Dia juga tahu suatu hari nanti saya akan menjadi seperti ini. Kita tak boleh hukum seseorang itu berdasarkan jalan kehidupannya sekarang sebaliknya kita kena tengok bagaimana pengakhirnya kelak” jelas Ifa

Dituduh Jalani Bariatrik, Ifa Anggap Ujian Kecil 

Bercakap mengenai isu yang tular baru-baru ini mengenai dakwaan  melakukan rawatan potong usus (bariatrik) untuk melariskan produk jualannya, Ifa berkata sehingga ke hari ini tiada individu yang tampil menunjukkan bukti tersebut meskipun ditawarkan ganjaran ratusan ribu. Namun begitu, pelantun Dalam Diam ini menyifatkan ia sebagai ujian kecil sebelum mengejarkan umrah.

“Saya sampai sekarang tunggu sekiranya ada pihak yang tampil menunjukkan bukti bahawa saya melakukan pembedahan tersebut walaupun saya tawarkan ganjaran RM200,000.

“Saya anggap ini sebagai ujian kerana kita percaya setiap ujian yang Allah bagi dekat kita itu bermakna kita mampu menghadapinya. Saya boleh kawal dugaan ini dan setiap ujian ada hikmahnya. Mungkin nak cuci dosa dan mungkin naikkan darjat dalam kehidupan kita.

Selagi kita masih hidup selagi itulah akan ada pihak yang berdengki dengan kita, tak boleh tengok kita bahagia. Bukan sebab kita kaya sebab kita bahagia yang orang sakit hati” katanya lagi

Mahu Doakan Malaysia 

Di kesempatan itu, Ifa ingin memanfaatkan rezeki yang diperolehi untuk ke Mekah dengan mendoakan tanah air dihindari dari wabak COVID-19 selain turut mendoakan mereka yang mengenalinya memperolehi rezeki yang sama dengannya suatu hari nanti.

“Kita doakan yang baik-baik semoga negara Malaysia ini terhapus dari penyakit COVID-19 dan segala wabak yang Allah turunkan di dunia ini. Semoga kita dapat hidup seperti sediakala seperti dahulu dan ekonomi kembali pulih supaya kita dapat berkerja secara normal.

“Itu harapan saya dan saya nak doa di hadapan Raudhah dan di depan Kaabah semoga siapa yang ikut saya, suka atau tidak suka saya, semoga Allah jemput untuk melakukan ibadah umrah dan haji suatu hari nanti dengan secepatnya. Demi Allah saya ikhlas tiada nak propa atau apa” ujar Ifa menutup bicara

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

ifa raziah
https://lomp.at/0q6v7
Share52Tweet33SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Fattah Amin Duduk Di Sebelah katil Amira Othman Buatkan Netizen Tersenyum!

  2. 2

    “Terpaling Nak Kahwin”-Irma Hasmie Cetus Spekulasi Bersanding Semula Lepas Setahun Bergelar Ibu Tunggal

  3. 3

    [VIDEO] Telatah Anak Siti Nurhaliza, Ramai Teruja Tengok Afiyah ‘Speaking English’

  4. 4

    “Seronok Sangat Tayang Bahagia”-Elfira Loy Akui Sering Bergaduh Dengan Suami

  5. 5

    [VIDEO] “Lagu Paling Sampah Dari Penyanyi Muda!” – Macam Galakkan Lagi Penonton, Netizen Kecam Teguran PU Syed

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem