Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita

Elakkan Posisi Tempat Duduk Ini Jika Tidak Mahu Kesejukan Di Dalam Kapal Terbang

by Jash Lee
December 11, 2021
Share on Facebook

Bagi sesetengah pengembara, suhu udara yang sejuk di dalam pesawat boleh menyebabkan rasa ketidakselesaan yang melampau. Namun, anda tidak perlu risau kerana seorang pramugari ini telah berkongsi cara-cara supaya anda tidak merasa kesejukan di dalam pesawat.

Tidak dengan menggunakan selimut, kedudukan kerusi adalah kuncinya.

via shutterstock

Laporan yang dikeluarkan oleh The Sun, seorang pramugari yang bernama Victoria telah berkongsi tips yang mudah untuk anda yang tidak mahu merasa kesejukan ketika menaiki kapal terbang. Menerusi akaun Tiktoknya @thevictorialeighproject, Victoria telah menjelaskan bahawa tempat duduk di barisan yang ke-7 hingga ke-15 adalah tempat duduk yang paling sejuk di dalam pesawat.

Bukan itu sahaja, kedudukan tempat duduk yang berhampiran dengan tingkap juga adalah lebih sejuk berbanding dengan kedudukan tempat duduk di lorong atau di tempat duduk bahagian tengah. Itu adalah kerana kedudukan tempat duduk tersebut berada dekat dengan  bahagian luar kapal terbang.

via Shutterstock

“Saya perhatikan bahawa bahagian yang sangat sejuk adalah yang berada di antara baris 7 hingga ke 15. Jadi, jika anda tidak suka merasa terlalu sejuk semasa di dalam pesawat, elakkan dari duduk di kerusi bahagian tersebut.” kata Victoria dalam video itu. 

“Dan tempat duduk di sebelah tingkap juga pastinya lebih sejuk daripada kerusi di bahagian lorong kerana ianya lebih dekat dengan bahagian luar pesawat.”

Posisi Kedudukan Tempat Duduk Lain Bagi Mengelakkan Dari Kesejukan

via Shutterstock

Selain dari barisan ke-7 hingga barisan yang ke-15, terdapat kedudukan tempat duduk lain dalam pesawat yang boleh dielakkan oleh pengembara apabila menaiki pesawat.  Anda boleh memilih tempat duduk yang berhampiran dengan pintu keluar atau pintu kecemasan.

Alasan Suhu Kabin Pesawat Lebih Sejuk

via Helmi Afandi

Ternyata ada sebab lain mengapa suhu bahagian kabin pesawat juga lebih sejuk. Ini adalah supaya penumpang tidak akan kekurangan oksigen yang boleh menyebabkan hipoksia iaitu gangguan apabila tisu badan kekurangan bekalan oksigen. Hipoksia adalah perkara biasa bagi penumpang kapal terbang.

Ternyata kabin dengan suhu yang hangat dan tekanan udara yang tinggi akan memburukkan lagi keadaan. Atas sebab ini, suhu dalam kabin pesawat dibuat lebih rendah atau lebih sejuk daripada suhu bilik.

Video tersebut juga telah ditonton lebih 3 ribu kali dan mendapat pelbagai komen daripada netizen di media sosial. Ramai netizen mengucapkan terima kasih dengan tips yang dikongsikan oleh pramugari tersebut.

“Terima kasih atas petua yang dikongsikan sebab saya selalu sejuk semasa berada di dalam kapal terbang.”

“Saya amat bersetuju dengan petua anda”

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
dalampesawatkedudukankerusi
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

Anak Sulung Aziz Sattar Meninggal Dunia, Pernah Mengisi Layar Anakku Sazali

by Phic ARMAN
June 9, 2026

Dunia seni tanah air sekali lagi menerima berita duka apabila Rozaiman Aziz, anak sulung kepada seniman legenda Allahyarham Datuk Aziz...

Read moreDetails
FAKTA

11 Tahun Berlalu, Miksudiar Masih Trauma: Kes Jaslinda Kembali Ingatkan Tragedi Pos Toho

by Phic ARMAN
June 9, 2026

Kes kehilangan wanita, Jaslinda Saludin yang ditemui selepas 14 hari sesat di kawasan hutan berhampiran Pos Musoh baru-baru ini kembali...

Read moreDetails
Update

[VIDEO] Atap Runtuh, Murid Sekolah Cemas Saat Gempa Bumi 6.2 Magnitud Gegar Mindanao

by Phic ARMAN
June 8, 2026

Sebuah video yang memaparkan detik-detik cemas murid sekolah ketika gempa bumi bermagnitud 6.2 menggegarkan luar pantai Mindanao, Filipina, tular di...

Read moreDetails
Berita

Saluran TV6 RTM Tamat Siaran Mulai 1 Julai, Peminat Luah Kecewa,- “Janganlah Tutup…”

by Phic ARMAN
June 30, 2026

Saluran TV6 RTM yang menjadi rumah kepada pelbagai rancangan klasik dan nostalgia buat rakyat Malaysia akan menamatkan siarannya bermula 1...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Lepas Cipta Sejarah Di Moto3, Hakim Danish Terima Lamaran Genting SkyWorlds

  2. 2

    Berwajah Cantik & Gemar Sukan Berkuda, Anak Saudara Raja Abdullah II Curi Tumpuan

  3. 3

    ‘Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba Infinity Castle’ Kini Tayang Di Netflix

  4. 4

    Tak Perlu Lagi Keluarkan Kad! Merchantrade Money Kini Boleh Tap Guna Telefon

  5. 5

    UNIQLO Lancar Koleksi Hijab Pertama Yang Dinantikan Oleh Hijabis Malaysia

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara