Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Personaliti

Ebit Lew Terharu Dibantu Polis Ketika Jalani Misi Bantuan Di Brazil

Pendakwah berbesar hati pihak berkuasa Brazil peramah dan sering beri bantuan semasa diperlukan

by Puteri Alia
December 9, 2021
Foto - Instagram @ebitlew

Foto - Instagram @ebitlew

Share on Facebook

Pendakwah bebas terkenal,  Ebit Lew menerusi media sosialnya berkongsi rasa terharu dan berbesar hati terhadap pihak polis Brazil.

Terharu Dan Berterima Kasih Pada  Polis Brazil

Menjalankan misi bantuan di perantauan pastinya bukan mudah. Namun, dengan kerjasama dan bantuan dari pihak berkuasa tempatan di Brazil, tugas menghulurkan bantuan Ebit pada yang memerlukan menjadi lancar dan pantas.

Foto – Instagram @ebitlew

“Terharu sangat Polis Brazil di Rio De Janeiro bantu misi saya disini.

Mereka jenis mesra dan baik. Banyak berbual dan bercerita tentang keadaan di Brazil. Mereka siap cakap terima kasih kerana berbuat baik disini. Katanya bila-bila sahaja memerlukan bantuan, mereka sedia membantu.

Disini kawasan panas. Pavela Rio. Senang berkongsi dan berbual sebab semua orang akan tegur saya dulu. Mereka kata awak orang Islam yang baik.

Syukur team kami di Malaysia sentiasa membantu sedikit sebanyak. Semoga menjadi asbab kebaikan.” Kongsinya

Netizen Kagum Usaha Pendakwah Di Perantauan

Melihat perkongsian Ebit  di Instagram, warganet mula membanjiri ruangan komen hantaran berkenaan dengan meluahkan rasa kagum dengan usaha yang dilakukannya. Malah, mereka turut mendoakan agar urusan pemberian bantuan di sana dapat dipermudahkan.

Foto – Instagram @ebitlew

“Lelaki hebat semoga terus murah rezeki”

“#orangbaikramaiyangsayang Semoga dipermudahkan segala urusan ustaz dan diberi kesihatan berpanjangan”

“Satu dunia kenal ustaz… Alhamdulillah”

“Alhamdulillah terharu tengok ustaz”

“Subhanallah.. Alhamdulillah”

“Indah nya dunia jika perbuatan manusia yang seperti ini” komen mereka

Sekadar info,  pendakwah ini sedang menjalankan misi bantuan kemanusian buat rakyat Brazil di Rio De Janeiro yang serba kekurangan dan hidup dalam kedaifan.

Topik Berkaitan [VIDEO] Gelagat Ebit Lew Bertemu Sajat, Cetus Usikan Netizen!-"Boleh Je Salam.."

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
bantuanBrazilEbit Lewpolis
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Kami Bukan Nak Gantikan Cendol Mereka”- Pengasas Koppiku Mahu Penjual Tradisional Terus Dikenang

  2. 2

    [REVIEW] Dr Anwar Naha Dalang Kematian Ahyan Atau Sekadar ‘Umpan’? Episod 7 GBGTH Cetus Teori Baharu

  3. 3

    Masuk Je Terus Jumpa Kucing! Izawa Dessert Cat Cafe Jadi Tarikan Unik Di George Town, Pulau Pinang

  4. 4

    Tahniah! Fattah Amin & Amira Othman Timang Anak Lelaki- “Sedap Namanya”

  5. 5

    Zakat Selangor Bidas Netizen Isu Azlan The Proton-Type- “Tahu Nak Buat Engagement, Tapi Biar Kena Cara’

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara