Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita FAKTA

Mahu Arak Dijual Semula Di KFC? Netizen ‘Sekolahkan’ Pengguna Twitter

Warganet berang pengguna media sosial jadikan arak sebagai kayu ukur untuk jadi sebuah negara sebenar

by Puteri Alia
December 9, 2021
Foto - WATTAgNet

Foto - WATTAgNet

Share on Facebook

Tular di laman Twitter mengenai seorang pengguna media sosial yang berkongsi pandangannya mengenai restoran makanan segera terkenal KFC, air arak dan juga label sebuah negara sebenar.

Anggap Bukan ‘Proper Country’ Kalau Tak Ada Arak

Pengguna Twitter yang dikenali sebagai Lucius Maximus @Icsmxms itu mendedahkan sekitar era 80an, KFC pernah menghidangkan arak dan menyifatkan negara ketika itu seperti sebuah negara yang sebenar.

Foto – Twitter

“KFC pada 80an pernah hidang Carlsberg, Anchor dan Guinness Stout. Kita pernah jadi sebuah negara. Negara sebenar.” Tweetnya

Netizen Sekolahkan Pengguna Twitter

Melihat ciapan pengguna Twitter tersebut, orang ramai mula membidas dengan memberi pandangan masing-masing mengenai perihal sensitif itu.

Foto – Twitter

“Lol minum arak tu penanda aras ka? Tanya ja”

“Bayangkan bawa anak anda makan KFC kemudian mereka lihat semua orang disekeliling mereka dan ibu bapa mereka mabuk lol itu huru-hara”

“Terjumpa kat garis masa, ada orang Melayu nak kembalikan arak kat KFC macam tahun 80an. Proper country katanya. Malas nak cakap banyak. Kongsi statistik jelah” komen warganet

Foto – Twitter

“Hidang arak = proper country? Jadi apa manfaat arak kepada individu, masyarakat dan negara yang kau sebut sebagai proper country tu?

Rasanya semua agama bersetuju dengan keburukan arak. Kalau kau takde agama sekalipun, kau boleh tengok sendiri kajian berkaitan keburukan arak.”

“Proper country Abah kau. Sejak bila minum arak dan pemandu mabuk bunuh orang melambangkan proper country. Tak masuk akal dan tak ada kaitan langsung.

Bodoh tak boleh kawal nafsu dan tak berapa bijak. Kau dah tahu arak tu bahaya boleh hilang kewarasan apa pasal kau kaitkan benda tu dengan proper country?” komen warganet lagi

Bagaimanapun, menerusi carian Murai.my terkini mendapati akaun tersebut tidak lagi kelihatan di laman Twitter dipercayai telah dinyahaktifkan olehnya.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
arakkfc
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

  2. 2

    Ramai Tak Tahu, Terrapuri Heritage Resort Di Terengganu Ini Dibina Daripada Rumah Melayu Tradisional Berusia Ratusan Tahun

  3. 3

    Bukan Semua Salah Pemandu! Isu Penunggang Motorsikal Bawa Laju Ketika ‘Lane Splitting’ 

  4. 4

    Konsert BTS Di Kuala Lumpur: 10 Hal Penting Yang ARMY Perlu Alert

  5. 5

    Kena Sumpah? Ramai Hairan Datum Jelatek Di Keramat Kosong Walaupun Popular Sebab ‘View’ Cantik

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara