Friday, June 20, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Bollywood

Pelakon Bollywood Katrina Kaif Dan Vicky Kaushal Kini Bergelar Suami Isteri

Diam-diam selebriti bollywood ini selamat mendirikan rumahtangga

by Puteri Alia
December 10, 2021
Foto - Instagram @katrinakaif

Foto - Instagram @katrinakaif

220
KONGSIAN
Share on Facebook

Aktres bollywood jelita Katrina Kaif dan aktor kacak Vicky Kaushal berkongsi berita gembira di media sosial masing-masing semalam 9 Disember 2021, di mana kini pasangan sama padan ini sah bergelar suami isteri.

Mohon Restu Dan Doa Orang Ramai

Foto perkahwinan yang dikongsikan di media sosial kedua-dua pasangan bollywood ini mencuri perhatian ramai, menurut Hindustan Times pasangan ini melangsung upacara perkahwinan mereka di kubu istana bersejarah di Six Senses Fort Barwara, Rajasthan.

Foto – Instagram @katrinakaif / @vickykaushal09

Melihat hantaran di Instagram milik Katrina dan Vicky, pasangan sejoli ini memuatnaik kapsyen yang sama dengan meminta kiriman restu dan doa orang ramai buat mereka berdua dalam menempuhi alam berumahtangga sebagai pasangan suami isteri.

“Hanya cinta dan kesyukuran dalam hati kami yang bawa kami pada saat ini. Mohon restu dan kasih sayang anda semua sebagai permulaan perjalanan baru kami” ujar mereka berdua

Rakan Artis Titip Kiriman Doa Restu Buat Pengantin Baru

Melihat perkongsian pasangan selebriti tersebut di Instagram, ramai kenalan dan rakan artis membanjiri ruangan komen kedua-dua media sosial pasangan pengantin baru dengan ucapan tahniah dan doa restu buat mereka berdua.

Foto – Instagram @katrinakaif

“Tahniah kesayangan saya Kat dan Vicky. Sangat gembira untuk kamu berdua. Harap kamu berdua bahagia bersama, penuh dengan cinta dan gembira dalam menempuh perjalanan baru kamu bersama. Selamat datang ke kelab dah berkahwin” @realpz

“Tahniah Kat dan Vicky! Kamu berdua nampak cantik” @sonamkapoor

“Sangat mengagumkan. Kirimkan kamu berdua semua kasih sayang saya!! Harus menari bersama akan datang!” @hrithikroshan

“Harap kamu berdua penuh dengan kegembiraan, kesetiaan, menghormati dan menemani seumur hidup” @deepikapadukone

Foto – Instagram @vickykaushal09

“Tuhan rahmati kamu berdua!! Penuh kasih sayang dan tuah sentiasa!!” @adityadharfilms

“Tahniah Vicko. Selamat berumahtangga kamu berdua” @shireenmirza

“Cantiknya abang, tahniah!” @satyajeetdubey

“Tahniah @vickykaushal09 dan @katrinakaif” @aahanakumra

Pandai pasangan bollywood ini jaga rahsia, tahu-tahu dah kahwin! Tahniah buat Katrina dan Vicky.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

katrina kaifvicky kaushal
https://lomp.at/ky4w8
Share88Tweet55SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Fattah Amin Duduk Di Sebelah katil Amira Othman Buatkan Netizen Tersenyum!

  2. 2

    “Seronok Sangat Tayang Bahagia”-Elfira Loy Akui Sering Bergaduh Dengan Suami

  3. 3

    [VIDEO] “Lagu Paling Sampah Dari Penyanyi Muda!” – Macam Galakkan Lagi Penonton, Netizen Kecam Teguran PU Syed

  4. 4

    [VIDEO] Telatah Anak Siti Nurhaliza, Ramai Teruja Tengok Afiyah ‘Speaking English’

  5. 5

    “Tak Kisah Kalau Ejen Ali Potong Filem Keluarga Kami”-Syafiq Yusof Tak Mahu Lagi Dibelenggu Takhta Filem No. 1 Malaysia

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem