Tuesday, July 8, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home FAKTA

Guru Tuisyen Bahasakan Diri ‘Daddy’ Pada Murid, Netizen Persoal Etika Sebagai Pengajar

Gara-gara nama panggilan terlalu intim, etika guru tuisyen dipersoal warganet

by Puteri Alia
December 10, 2021
Foto - Coconuts / Twitter

Foto - Coconuts / Twitter

198
KONGSIAN
Share on Facebook

Tular di media sosial mengenai video seorang guru di sebuah pusat tuisyen dalam talian (online) terkenal, yang dikenali sebagai Sir Uzairi atau nama penuhnya Uzairi Mohd Taib membahasakan dirinya sebagai ‘daddy’ ketika mengajar secara dalam talian.

Perbualan guru tuisyen bersama anak muridnya menerusi aplikasi Zoom itu menjadi viral, kerana menjelaskan panggilan dirinya sebagai daddy adalah berbeza dengan seorang ayah kepada anak muridnya.

https://twitter.com/wtrmlnsugarhaih/status/1468624179670904832

“Daddy dengan ayah berbeza.

Saya daddy awak.

Tapi ayah awak lain, ayah yang lahirkan awak.

Okay ayah tak lahirkan awak, tapi ayah yang.. Okay malas nak gaduh dengan korang, korang semua diam” ujarnya

Netizen Persoal Etika Dan Profesionalisme Pengajar

Video yang viral itu mendapat perhatian ramai pengguna media sosial di Twitter, rata-rata warganet mempersoalkan etika dan profesionalisme guru tersebut dan ramai berpendapat panggilan seperti itu melampaui batas hubungan antara guru dan anak murid.

Foto – Twitter

“Bukan perkataan yang jadi isu. Hubungan sebenarnya. Bila cikgu dipanggil dengan panggilan keluarga, jurang profesionalisme akan lenyap. Cikgu baik tak apa. Kita bimbang cikgu yang eksploitasi dan ambil kesempatan ke atas budak. Bawah 18 ramai yang naif dan kena grooming cara ini.”

“Aku yang ayah sendiri cikgu pun kena bebel bila terpanggil dia abah dekat sekolah. Dekat sekolah abah aku tetap seorang cikgu. Tetap kena panggil cikgu.” Komen warganet

Foto – Twitter

“Saya setuju. Panggilan selain panggilan profesional, mungkin bagi kebanyakannya memang berniat baik dan ikhlas dalam mendidik. Yang di risaukan jika perkara ini menjadi normal, kita membuka peluang kepada yang berniat tidak baik untuk memulakan hubungan selain hubungan profesional.”

“Saya tak pernah fikir tentang itu, tapi tidak selepas saya lihat video dia. Menjelaskan kenapa dia daddy, bukan ayah. Ianya mengganggu kerana audiences adalah bawah umur. Dia orang dewasa. Dia patut lebih tahu. Video tu beberapa saat je, tapi jelas maksudnya. Saya tak nafikan itu.” Komen warganet lagi

Foto – Twitter

“Realitinya ada sebilangan kecil pendidik yang mengambil kesempatan terhadap murid bila murid terlalu selesa dengan guru tersebut. Panggilan yang ‘merapatkan’ hubungan antara guru dan murid sebaiknya perlu dielakkan. Hubungan cikgu-murid tak perlu “cross the line”

“Untuk saya, saya lebih gemar dan selesa menggunakan panggilan cikgu. Panggilan bonda, umi, ayahanda, abah, adalah berlebihan dari sepatutnya. Panggilan ‘cikgu’ itu sudah cukup memadai untuk digunakan. Kekal profesional dan tidak melampau.” Komen mereka

Untuk rekod pusat tuisyen berkenaan membuat keputusan untuk merehatkan guru tersebut selama sebulan, namun guru berkenaan membuat keputusan untuk meletak jawatan dan memohon maaf atas keterlanjuran ketika bertutur semasa mengajar.

Apa pandangan anda tentang isu ini?

cikgu tuisyendaddymcplus
https://lomp.at/x5cqr
Share79Tweet50SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem