Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

“Orang Nak Beribadat Bukan Ke Sana Nak ‘Main'”- Uqasha Senrose Kesal Dengan Tanggapan Buruk Manusia

Dia sudah menunaikan Umrah sebanyak 3 kali dan telah melalui proses khusus untuk ke Tanah Suci dan bukannya sekadar mahu berjalan.

by Naddy Joe
December 13, 2021
Share on Facebook

Pelakon, Uqasha Senrose meluahkan rasa kesal selepas terdapat pihak yang memberikan tanggapan yang tidak sopan terhadap pemilihan lokasi bulan madunya iaitu di Tanah Suci.

Menerusi posting di Insta Stories, Uqasha memuatnaik screenshot dari tweet yang dikenali sebagai AWATNI Buzz yang memintanya hati-hati dan jangan sehingga terpaksa bayar dam kerana ‘terlajak main’ sewaktu menunaikan umrah. Uqasha Senrose meluahkan rasa terkejut apabila masih terdapat manusia yang berfikiran sebegitu.

“Nak famous? MasyAllah ada jugak manusia mentaliti macam ni.”-Uqasha Senrose

Pergi Umrah Bukan Untuk Berjalan

Uqasha Senrose kemudian tampil memberi penjelasan bahawa dia sudah menunaikan Umrah sebanyak 3 kali dan telah melalui proses khusus untuk ke Tanah Suci dan bukannya sekadar mahu berjalan.

“Saya ke umrah dah 3 kali. Saya lalui proses khusus untuk ke umrah bukan main pergi berjalan huhahua. Orang nak beribadat bukan ke sana nak ‘main’ cantik sungguh bahasa masyAllah..”-Uqasha Senrose

Tambahnya lagi, Uqasha menjelaskan bahawa bukan dia dan suami sahaja yang pergi menunaikan umrah. Malah, mereka pergi bersama agensi dengan ustaz dan ahli keluarga yang lain.

“Kalau nak honeymoon baik orang pilih tempat lain!! Saya PERGI DENGAN AGENSI DENGAN USTAZ. SAYA PERGI BUKAN DENGAN SUAMI SAHAJA, @nelissasenrose @nelydiasenrose @fatinazzaniz @farzadida @kamaladli.”-Uqasha Senrose

Sepatutnya Mendoakan Yang Baik-Baik

Isteri kepada Kamal Adli yang juga pelakon turut memberitahu bahawa sepatutnya mereka mendoakan yang baik atau mengirimkan doa sewaktu mereka mahu menunaikan Umrah.

“Sepatutnya doa yang baik-baik ke atau kirim doa. ALLAHUAKBAR.”-Uqasha Senrose

Pasangan suami isteri Kamal Adli dan Uqasha Senrose telah dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Nik Sen Mat Ripin di sisi jurunikal Tuan Izzuddin Hj Abdul Mutalib tepat jam 9.39 dengan dua kali lafaz dalam sebuah majlis pernikahan tertutup pada 5 November lalu.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
kamal adliuqasha senrose
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Lepas Syed Saddiq Dibebaskan, Posting Space Dollah Buat Netizen Tersenyum

  2. 2

    Kejadian Wanita Hamil di Lotus’s Selayang Buatkan Ramai Geram, Netizen Ingatkan Kuasa Boikot

  3. 3

    Naik Flight Biasa, Beratur Di Hospital, Ini Kisah Ameer Mydin Yang Buat Ramai Respek

  4. 4

    Peminat Filem Dedah ‘Dark Side’ Mark Wahlberg Di Penang,-“Jangan Terlalu Excited Dulu”

  5. 5

    Rita Sosilawati Kena Tahan Di ‘Airport’ London, Apa Jadi Dengan Pasport?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara