Thursday, July 3, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Gossip

“Saya Lega Apabila Tersingkir!”- Dato Fazley Akui GV Bukanlah Pentasnya

Dato Fazley memberitahu bahawa dia bukan mahu menidakkan peluang, tetapi harus akur dengan rezeki

by Naddy Joe
December 13, 2021
193
KONGSIAN
Share on Facebook

Penyanyi, pelakon dan chef selebriti, Dato’ Fazley Yaakob mengakui berasa lega apabila tersingkir dari program Gegar Vaganza musim ke-8 (GV8) yang berlangsung pada Ahad malam.

Lega Apabila Tersingkir

Menerusi posting yang dimuatnaik di Instagram, Dato Fazley memberitahu bahawa dia bukan mahu menidakkan peluang, tetapi harus akur dengan rezeki dan memberitahu bahawa pentas Gegar Vaganza bukanlah pentasnya.

“Saya lega sangat apabila tersingkir! Bukan menidakkan peluang, tetapi akur dengan rezeki setakat ini. Saya hanya usahakan agar ada peningkatan di dalam persembahan saya setiap minggu, bukan bertanding untuk lebih baik dari peserta-peserta lain.

@gegarvaganzaofficial bukan pentas saya, ianya terlalu besar untuk saya yang sememangnya bukan penyanyi pertandingan.”-Dato’ Fazley

Akui Diri hanya Penyanyi Rakaman Tanpa Penjurian

via Gegar Vaganza Official

Bekas peserta GV8 ini mengakui dirinya hanyalah penyanyi rakaman yang boleh perbaiki nyanyian di dalam studio berkali-kali tanpa penjurian sehingga nyanyiannya sempurna dijadikan lagu di radio.

“Ada perbezaan besar di antara penyanyi pertandingan dengan penyanyi rakaman. Saya hanya penyanyi rakaman yang boleh perbaiki nyanyian di studio berkali-kali tanpa penjurian sehingga nyanyian saya sempurna sebelum dijadikan lagu di radio.

Penyanyi pertandingan pula adalah mereka yang ternyata begitu hebat dan menjadi kebiasaan menyanyi live tanpa kesilapan besar di hadapan para juri dan ribuan penonton.”-Jelas Dato’ Fazley

Berjaya Puaskan Hati Anak-Anak Lihatnya Di Pentas Nyanyian

Tambahnya lagi, Dato’ Fazley turut menitipkan ucapan terima kasih kepada semua yang banyak memberi sokongan padanya sewaktu di GV dan akui berjaya puaskan hati anak-anaknya untuk melihat dirinya kembali di pentas nyanyian.

“Terima kasih semua yang begitu banyak memberi sokongan selama saya di GV. Saya dah puaskan hati anak-anak saya terutama @elliefazley.

Saya masuk GV untuk mereka kembali lihat saya menyanyi setelah hampir 10 tahun tidak muncul di mana-mana pentas nyanyian. Saya yakin ianya adalah my best performance, gimmick dan juga vocal. Setuju?”-Dato’ Fazley

View this post on Instagram

A post shared by Dato' Fazley Yaakob (@fazleyyaakob)

Dato’ Fazley Yaakob menjadi peserta kedua yang tersingkir dari program Gegar Vaganza musim ke-8 (GV8) yang berlangsung pada Ahad malam tadi.

Fazley menyanyikan lagu dendangan asal Datuk Hattan iaitu Mahligai Syahdu telah memperoleh markah terendah iaitu 50 peratus pada minggu keempat yang bertemakan Berdiri Bulu Romaku.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
[VIDEO] Fazley Yaakob Diminta Anak-Anak Untuk Tukar Gaya 'Skinny Jeans', Cetus Pelbagai Reaksi Netizen!
dato fazley yaakob
https://lomp.at/8s5a9
Share77Tweet48SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem