Wednesday, July 2, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Perkembangan Terbaru Kes Saman Fitnah Siti Nordiana, Pada Awalnya Perbicaraan Melalui ‘Zoom’

by Phic ARMAN
December 14, 2021
380
KONGSIAN
Share on Facebook

Setelah lama tidak mendengar perkembangan kisah isu saman penyanyi Siti Nordiana, hari ini  kami menerima sebuah perkhabaran terbaru. Peguambela kepada defendan keempat dan kelima kes perbicaraan saman fitnah siber yang diambil oleh Siti Nordiana memberitahu yang mahkamah akan meneruskan prosiding pada hari Jumaat ini.

Sebelum ini, peguam Nurul Hafidzah Hassan dan Zeti Zulkifli dari firma guaman NHA Advocates & Solicitors memohon penangguhan kerana salah seorang kakitangan firma guaman itu positif Covid 19.

Mahkamah telah menangguhkan perbicaraan yang sepatutnya berlangsung pada 25 November lepas selepas membenarkan permohonan peguambela yang mewakili defendan keempat, Sam Musyadzafar Samin, 43 dan defendan keempat, Razidah Ahmad Senusi, 42.

“Pada hari kedua perbicaraan nanti, pihak pembelaan akan menyambung pemeriksaan balas ke atas Siti Nordiana,” kata Nurul Hafidzah.

Perbicaraan yang pada asalnya dibuat melalui aplikasi Zoom tersebut telah ditukar kepada pendengaran fizikal oleh mahkamah atas permohonan peguambela Sam Musyadzafar dan Razidah.

Pihak pembelaan secara konsisten menafikan dan terus menolak yang anak-anak guam telah memfitnah, seperti yang didakwa plaintif.

Seperti yang dilaporkan media sebelum ini, mahkamah akan menyaksikan pihak pembelaan akan mengemukakan tujuh orang saksi.

Perbicaraan pada 17 Disember ini akan berlangsung pada 2.30 petang di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Kononya Sudah Berkahwin Lagi, Siti Nordiana Tampil Perjelas Status Dirinya
siti nordiana
https://lomp.at/6t2a1
Share152Tweet95SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem