• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Update Berita FAKTA

‘Start Caring Other Babies’- Bertahun Susah Dapat Anak, Nasihat Dr Sheikh Muszaphar Disokong Ramai

Pengguna media sosial setuju nasihat angkasawan negara itu ada betulnya

by Puteri Alia
December 15, 2021
Foto - Healthy Women

Foto - Healthy Women

Share on Facebook

Isu pasangan sukar mendapat anak setelah bertahun-tahun berkahwin, merupakan masalah yang sudah lama menjadi bualan ramai.

Kini isu ini sekali lagi tular di media sosial, di mana terdapat seorang pengguna Twitter yang berkongsi nasihat dari angkasawan negara dan perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai warganet yang lain.

Mula Sayangkan Bayi, Rangsang Hormon Keibuan

Ciapan pengguna Twitter yang dikenali sebagai Marina Dandy @marinadandy menarik perhatian ramai, kerana pengguna media sosial ini bersetuju dengan nasihat yang diberikan Dr Sheikh Muszaphar ketika membalas komen pengikutnya di Instagram tentang zuriat.

“So cute mashaAllah.. Doakan saya dikurniakan zuriat juga Dr..” Komen @sharifah87

“@sharifah87 Amiin – Mereka kata mula sayangkan bayi lain. Hormon keibuan akan mula keluar. Dan tidak lama lagi anda akan hamil, InsyaAllah..” Balas Dr Sheikh Muszaphar

Foto – Twitter

Menurut Marina, ibu mertua tirinya tidak memiliki cahaya mata selama 10 tahun namun selepas mengambil anak angkat, setahun kemudian ibu mertua tirinya dikurniakan zuriat sendiri. Dari situ pengguna media sosial ini bersetuju dengan nasihat yang dikatakan oleh angkasawan negara itu.

“Yang belum ada zuriat, saya dapati nasihat ini betul. Mak mertua tiri saya tak ada anak selama 10 tahun, akhirnya buat keputusan ambil bayi sebagai anak angkat. Lepas setahun terus melekat dapat zuriat.

Nasihat dari Dr Sheikh Muszaphar – Start caring other babies, the maternar hormones will start pumping out.” Ciapnya

Ramai Yang Bersetuju Dengan Nasihat Angkasawan Negara

Melihat ciapan pengguna Twitter tersebut, ramai yang berkongsi kisah yang sama dan masing-masing bersetuju dengan nasihat yang diberikan oleh Dr Sheikh Muszaphar itu.

“Tapi betul lah. Saya nak anak tapi dekat setahun masih tak ada. Selepas dok main-main dnegan anak jiran, jaga dia orang selama mak dia orang niaga, alhamdulilla memang Allah bagi.” Ciap @nuratqhamalina

“Benar. Makck saya berpuluh tahun kahwin tak dikurnaikan zuriat. Kemudian mereka buat keputusan nak ambil anak angkat dari ibu yang susah. Selepas beberapa tahun, mengandung dengan anak pertama dan beberapa tahun selepas itu mengandung lagi dengan anak kedua.” Ciap @shifaxxi

Foto – Twitter

“Kawan saya ambil anak angkat bayi. Tak sampai beberapa bulan lepas tu mengandung anak pertama. Sekarang abang dan adik kembar tahun.” Ciap @aidan_z

“Sama dengan babysitter adik aku, masa dia baby dulu. Dah kahwin dekat 5 tahun, tak ada anak. Lepas jaga adik aku 5 bulan, terus mengandung. Dia cakap terima kasih sudi bagi dia jaga adik aku sampai tertumpang rezeki.” Ciap @syepp279

Foto – Twitter

Betulkan Niat Dan Perlu Jumpa Doktor

Melihat ramai pengguna media sosial berkongsi kisah masing-masing mereka mendapat zuriat selepas mengambil anak angkat. Membuatkan segelintir warganet memberi sedikit peringatan mengenai hal tersebut.

Terdapat pengguna Twitter yang memberi nasihat agar pasangan yang mengambil anak angkat perlu betulkan niat, dan apabila dikurniakan anak kandung sendiri jangan pula disisihkan anak angkat tersebut.

Manakala ada juga yang menasihati pasangan suami isteri juga perlu berjumpa dengan doktor bagi memeriksa kesihatan diri jika sudah lama tidak dikurniakan zuriat.

Foto – Twitter

“Tapi kena betulkan niat sikit, ada yang nak adopt bayi dengan harapan untuk dipermudahkan dapat anak sendiri. Tapi janganlah bila dah dapat anak hasil sendiri, anak angkat tu disisihkan dari kasih sayang dan perhatian. Layanlah anak angkat dan anak sendiri tu sama rata.” Ciap @thatuncleiz

“Dah kahwin lebih 2 tahun tapi tak pernah mengandung kena jumpa doktor untuk check H (suami) dan W (isteri) ada masalah tak, jangan tunggu lama.” Ciap @amaninanaeeim

AnakAnak AngkatDatuk Dr Sheikh Muszaphar shukorRezekiZuriat
https://lomp.at/izo4h
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

FAKTA

Faliq & Chryseis Tan Nikah Februari Ini, Netizen Persoalkan Status Agama

by Zaidin Albert
January 4, 2018

'Kalau dah jodoh tak kemana’, seperti pasangan sepadan ini yang memutuskan untuk melangsungkan pernikahan pada bulan Februari ini. https://www.instagram.com/p/BdY3-4XjzKq/?taken-by=chrystan_x Menerusi...

Read moreDetails
FAKTA

6 Fakta Menarik ‘Mall’ Terbaru LaLaport BBCC, Dulu Merupakan Tapak Penjara Pudu

by Phic ARMAN
January 20, 2022

Generasi sekarang mungkin tidak tahu Bukit Bintang City Centre (BBC) atau kini berdiri megah pusat membeli-belah terbaru LaLaport BBCC sebenarnya...

Read moreDetails
Foto - Kalori Makanan
FAKTA

Netizen Pelik Macam Mana Pemilik Baker’s Cottage Boleh Jual Ayam Panggang Murah

by Puteri Alia
November 22, 2021

Tular di media sosial mengenai harga ayam panggang seekor dari Baker's Cottage, dikatakan lebih murah berbanding yang dijual oleh restoran...

Read moreDetails
FAKTA

Suami Dibunuh Kejam Komunis, Ini Kisah Sebenar Mangkuk Tingkat Mak Teh

by Khai Azfar
May 10, 2021

Selain himpunan lagu-lagu raya dimainkan di corong radio, iklan raya yang dihasilkan oleh pelbagai penggiat industri juga antara dinanti-nantikan saban...

Read moreDetails
Foto - Facebook @peguamsyarie.wafdaK
FAKTA

“Bertentangan Dengan Hukum Syarak” – Peguam Syarie Ini Beri Penjelasan Tentang Hukum Liwat Isteri

by Puteri Alia
November 4, 2021

Gara-gara tidak mahu menjadi isteri derhaka, si isteri sanggup mengikuti permintaan suami untuk melakukan hubungan seks melalui dubur(liwat). Bagi yang...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  2. 2

    Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

  3. 3

    Tolak Cadangan Tunjuk IC, Penjelasan Khairul Aming Buat Ramai Terdiam- “Tak Semua Tahu PDPA Ni”

  4. 4

    Garfu Kayu Bentuk Kepala ‘Batman’ Undang Kritikan Netizen

  5. 5

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore