Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Saida Selamat Berkahwin Kali Ketiga, Tertarik Dengan Keikhlasan Suami

"Dia masih bujang. Kehadirannya memberi cahaya dalam hidup saya" - Saida

by Khai Azfar
December 15, 2021
Share on Facebook

Baru-baru ini penyanyi yang juga bekas peserta Akademi Fantasia (AF) musim keenam, Saida mengejutkan ramai pihak setelah mendirikan rumahtangga buat kali ketiga.

Saida Bernikah Pada 12 Disember 

Menerusi perkongsian BH Online, Saida yang merupakan kakak kepada penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza mengesahkan perihal tersebut setelah selamat bergelar isteri kepada Mohd Nooraizal Rasip pada 12 Disember lalu.  Menurut pemilik nama penuh  Siti Norsaida Tarudin ini,  pernikahan tersebut berlangsung setelah lima bulan menjalinkan hubungan yang serius.

Berpisah Dengan Bekas Suami Pada Mac Lalu

Dalam perkembangan berkaitan, Saida turut memaklumkan sudah sah berpisah dengan bekas suami sejak Mac lalu. Perkahwinan kedua yang dibina pada 2016 itu hanya bertahan sekitar empat tahun.

“Saya memang sudah berpisah dengan bekas suami cuma memilih untuk tidak menggembar gemburkannya. Saya anggap jodoh tak panjang antara kami.

“Dalam tempoh kembali solo, saya tidak menduga insan yang sudah lama dikenali atas kawan itu kini bergelar suami.

“Saya percaya jodoh baru ini juga ketentuan dan takdir yang tertulis. Di saat sedikit demi sedikit tertutup hati, saya membukanya semula tanpa diduga,” katanya.

Saida yang baru genap 45 tahun pada 13 Disember lalu memaklumkan suaminya yang bertugas sebagai pengurus kanan bahagian operasi di sebuah syarikat kewangan sebaya dengannya.

“Dia masih bujang. Kehadirannya memberi cahaya dalam hidup saya. Dia menerima saya dan anak seadanya.

“Saya tertarik dengan kedewasaan, kejujuran dan keikhlasan hati dia. Usianya sendiri juga sudah molek untuk berumah tangga. Dia sendiri memikul tanggungjawab menjaga lima orang adik perempuannya. Itu juga yang buat saya yakin dia boleh menjaga saya dengan baik.

“Segala galanya turut dipermudahkan dan restu keluarga masing masing cukup penting hingga menyaksikan ikatan serta bahtera perkahwinan ini terpateri. Kami bernikah dan bersanding pada hari sama. Insya-Allah berkemungkinan ada lagi sebuah majlis untuk sanak saudara sebelah suami sedang dirancang,” katanya lagi

Dalam pada itu, Saida turut mendedahkan anak bongsunya (Siti Nurul Mashitah) kini tinggal bersamanya. Bagaimanapun tiga lagi anaknya tinggal bersama bapa mereka.

Terdahulu, Saida pernah mendirikan rumah tangga dengan suami pertama, Mohd Ghazali Yahya Zikri pada 14 Disember 1996, namun berpisah pada 7 Oktober 2011. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Siti Nurunnyssa, Anas, Khalid dan Siti Nurul Mashitah.

Kemudian Saida berkahwin untuk kali kedua pada 2016 bersama ahli perniagaan, Hafiizh Che Mat namun tidak dikurniakan cahaya mata.

Error happened.
saida
https://lomp.at/uu89r
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  3. 3

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  4. 4

    “Dah Banyak Kes Orang Sakit Mental”- Rakyat Mula Resah, Kuota BUDI95 Didakwa Punca Kesihatan Terjejas

  5. 5

    Arab Saudi Laksana Hukum Hudud, Saiful Apek Kecewa Yassin Masih Ditahan Atas Tuduhan Berat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara