Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Dituduh Guna Aset Kerajaan, Jovian Mandagie Tampil Beri Penjelasan!

Jovian menjelaskan bahawa dia tidak akan menggunakan benda yang bukan miliknya dan menganggap tuduhan tersebut sebagai satu fitnah.

by Naddy Joe
December 20, 2021
Share on Facebook

Pereka fesyen terkenal dan menantu kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, iaitu Jovian Mandagie tampil memberi penjelasan selepas dikatakan telah menggunakan aset kerajaan untuk pulang ke rumah sewaktu orang lain sedang terkandas akibat banjir di Selangor.

Anggap Tuduhan Tersebut Sebagai Fitnah

Menerusi posting di Instagram, Jovian menjelaskan bahawa dia tidak akan menggunakan benda yang bukan miliknya dan menganggap tuduhan tersebut sebagai satu fitnah.

“Isu helikopter tak perlu diperpanjang. Bukan nak menunjuk. Kalau nak menunjuk, saya dah posing & buat video OOTD sakan. Those who know me, you know i am nothing like that.

Saya tak guna aset kerajaan. Lillahitaala tak mungkin saya akan guna benda yang bukan hak saya. You all nak maki hamun saya, go ahed but those are fitnah.”-Jelas Jovian

Dedah Sebab Tidak Guna Helikopter Untuk Bantu Orang Ramai

Susulan itu, Jovian turut menjawab persoalan orang ramai mengenai sebab tidak menggunakan helikopter tersebut untuk membantu orang ramai. Jawabnya, helikopter tersebut adalah helikopter jenis komersial dan tidak dapat digunakan untuk memberi bantuan.

“Kenapa tak guna heli nak bantu orang ramai? Pasal itu heli commercial, jadi tak boleh nak buka pintu and turunkan bantuan atau naikkan mangsa dan sebagainya.

Saya tiba-tiba buat bantuan setelah kena viral di twitter? Saya bantu ikhlas kali ni, sewaktu White PPE, Palestine mask, bendera putih mask dan apa-apa pun bencana. Saya suka bantu orang, dan ikhlas!”- jelasnya

Gesa Orang Ramai Lakukan Perkara Baik 

Di kesempatan itu, Jovian turut menggesa orang ramai untuk melakukan perkara yang lebih baik berbanding menyebarkan fitnah mengenai dirinya.

“Kalau u tak suka saya, unfollow saja. Tolong lakukan perkara yang lebih baik membantu negara daripada hanya menghentam apa yang tidak betul mengenai saya.

Ada perkara yang lebih baik untuk dilakukan untuk membantu orang di luar sana. Betul orang memang tengah sengsara. Kalau nak join turun padang agihkan makanan roger saya.”-katanya

Terdahulu, Jovian membuat perkongsian  keadaan banjir di Selangor yang berlarutan sejak beberapa hari yang lepas turut memberi kesan pada gudangnya yang telah dinaiki air dan tiada seorang pekerjanya boleh memasuki gudang tersebut disebabkan paras air yang tinggi.

Datuk Jovian Mandagie Diisytihar Bankrap Akibat Gagal Bayar Pinjaman RM5 Juta ‘Persahabatan’
jovian mandagie
https://lomp.at/67nwc
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

Abby Abadi Beri Respon Kenyataan Umisya-“Jangan Berlebihan Mereka-Reka Cerita…”

by Naddy Joe
April 1, 2026

Pelakon, Abby Abadi tampil memberi penjelas selepas kenyataannya mengenai rumah tangga anak perempuannya, Marissa Dania dan Aslam menimbulkan salah faham...

Read moreDetails
Gossip

Isu Dayana Roza Persoal Kenapa Ramai Lelaki Melayu Curang, Reen Rahim Tampil Beri Respon!

by Naddy Joe
April 15, 2026

Pelakon, Dayana Roza membuat perkongsian bersama peminat selepas tular isu curang dalam perkahwinan orang ramai di media sosial, baru -baru...

Read moreDetails
Berita

Aeril Zafrel Tampil Beri Teguran Kepada Tareq Fit!-“Haritu Kau Cakap Aku Dayus..”

by Naddy Joe
April 14, 2026

Pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel tampil memberikan teguran terhadap jurulatih kecergasan sensasi, Tareq Fit yang meluahkan rasa kesal terhadap penyampai...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Salah Susun Atau Salah Orang? Pelanggan Lari, Peniaga Tanggung Rugi

  2. 2

    Bekas Pengawal Peribadi Shah Rukh Khan Dedah Jumlah Gaji Diterima

  3. 3

    Gas Naik Harga? Ini Harga Terkini Gas Bagi Tahun 2026

  4. 4

    Pulai Trail KL: Hutan Tersembunyi Di Tengah Bandar Yang Ramai Tak Sedar

  5. 5

    Peminat Panik Selepas Shah Rukh Khan Mahu ‘Berehat’ Dari Dunia Lakonan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara