Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita FAKTA

Banjir Besar Buat Mata Netizen Terbeliak Lihat Longgokan Sampah

Orang ramai dapati banyak longgokan sampah sarap terapung di sungai dan jambatan

by Puteri Alia
December 20, 2021
Foto - Twitter

Foto - Twitter

Share on Facebook

Kejadian banjir kali ini membuka mata orang ramai betapa hebatnya ujian yang Allah SWT berikan, dan dalam masa yang sama melihat bahana kuasa alam di muka bumi.

Longgokan Sampah Terapung Tanda Alam Sekitar Balas Dendam

Seorang pengguna media sosial yang dikenali sebagai @akak_pening, berkongsi beberapa foto di sekitar kawasan seksyen U2 Shah Alam di Twitter di mana kawasan tersebut bergelumang dengan longgokan sampah sarap.

Menurut pengguna media sosial tersebut, dirinya menganggap apa yang berlaku menunjukan kuasa alam membalas dendam terhadap manusia yang tidak hormat alam sekitar.

Foto – Twitter

“Selain hujan lebat, alam balas dendam nak tunjuk antara punca banjir. Sebab tu dari kecil didik anak dari awal suruh hormat alam sekitar dan sungai bukan tempat buang sampah hatta sepuntung rokok” ciapnya

Selain itu, terdapat pemilik Twitter yang dikenali sebagai @MohdSuhelll, juga turut berkongsi foto sekitar Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di mana terdapat banyak longgokan sampah di bawah jambatan dan di kolam takungan banjir di Sungai Midah.

Foto – Twitter

“Ini aku snap dekat TBS.. Kolam takungan banjir sungai Midah.. Segala benda sampah sarap ada” ciapnya

Netizen Beri Pelbagai Reaksi

Ciapan dari pengguna Twitter tersebut mendapat perhatian ramai pengguna media sosial, dan rata-rata berkongsi pandangan mereka yang tersendiri.

Foto – Twitter

“Tapi mungkin juga ni dari tong sampah kitar semula dekat kawasan perumahan yang tenggelam masa banjir. Saya percaya rakyat Malaysia tak sekotor ini untuk sengaja buang semua botol tu dalam sungai/longkang”

“Kita tahu banjir ni tidak disangka dan kita sedar yang hujan ini kerja Allah. Tapi jangan lupa khilaf kita sebagai penduduk bumi. Tapi saya faham ini semua datang dari pelbagai tempat. Tapi kita tetap kena belajar sesuatu” ciap mereka

Foto – Twitter

“Betul, ajar anak kesedaran sivik dan benda yang asas untuk hidup sejahtera. Buang sampah di tempatnya dan jaga kebersihan tu penting”

“Saya fikir Malaysia kena nak kena buat undang-undang ketat macam dekat Jepun, bab dalam kebersihan tak boleh nak buang sampah merata kena jaga alam sekitar” ciap mereka lagi

Apa pandangan anda tentang isu ini?

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
banjirSampah
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Faisal Halim Jawab Mesej Tular- “Kita Boleh Berhubung Secara Baik”

  2. 2

    Ingatkan Kotor, Rupanya Bentuk Garfu Pula Jadi Perhatian! Pelanggan Terhibur Dengan Penemuan Pelik Di Restoran

  3. 3

    Anak Sulung Aziz Sattar Meninggal Dunia, Pernah Mengisi Layar Anakku Sazali

  4. 4

    Niat Nak Bercuti, Berakhir Di Dewan Bedah! Dakwaan Kecederaan Serius Di Taman Rekreasi Cetus Kerisauan

  5. 5

    Katil Besi Sampai Patah Dua! Penyewa Didakwa Hilangkan Diri Selepas Tinggalkan Kerosakan Cetus Rasa Kecewa

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara