Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman tampil membuat permohonan maaf apabila tidak dapat menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir di Karak.
Perlu Fokus Di Kawasan Sendiri
Menerusi laman Twitter, ADUN Ketari ini menjelaskan bahawa kawasan Karak adalah di luar kemampuannya dan Ketari mempunyai banyak kawasan yang masih belum mendapat bantuan.
“Ramai mesej dan dm perlukan bantuan di Karak. Saya mohon maaf sangat. Karak di luar kemampuan saya.
Kawasan Ketari pun masih banyak tempat saya tak dapat hantar bantuan lagi. Jadi mohon maaf sangat kerana saya perlu fokus di kawasan sendiri dulu. “-Jelas Syefura
Lanjutkan Bantuan Di Karak
Tambahnya lagi, dia telah lanjutkan bantuan yang diperlukan di Karak kepada Ahli Parlimen dan ADUN kawasan yang terlibat.
“Saya dah forward bantuan-bantuan yang diperlukan di Karak ke Ahli Parlimen dan Adun Kawasan.” jelasnya
Sekadar info, selepas beberapa kawasan utama di Selangor dan Kuala Lumpur dilanda banjir kini negeri Pahang dan Perak turut menerima tempias yang hampir sama. Segala gerak kerja bantuan kini giat diusahakan pelbagai pihak.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.