Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

Shahrol Shiro Tersinggung Dengan Kenyataan Harith Iskander?

Pelawak dan pelakon ini berkongsi pandangan peribadinya terhadap isu yang dibangkitkan Harith di media sosial

by Puteri Alia
December 24, 2021
Foto - Instagram @shahrol_shiro / @harithinskander

Foto - Instagram @shahrol_shiro / @harithinskander

Share on Facebook

Kecoh di media sosial mengenai isu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak turun padang bantu mangsa banjir mendapat perhatian ramai, apatah lagi pelakon dan pelawak terkenal Harith Iskander juga turut menyoal isu yang serupa di laman Twitternya.

Foto – Instagram @shahrol_shiro

Ciapan Harith di media sosial menarik perhatian pelawak Sharol Shiro yang merupakan anak kepada bekas tentera, lantaran itu Shahrol berkongsi pandangannya terhadap isu yang dibangkitkan Harith di akaun Instagramnya.

Semua Petugas Laksana Peranan Masing-Masing

Shahrol menjelaskan setiap petugas, anggota dan badan bukan kerajaan (NGO) telah melaksanakan peranan masing-masing bagi membantu mangsa banjir.

Pelawak ini juga menyuarakan bahawa pada waktu seperti ini bukannya mencari salah sesiapa, tetapi bersama menghulur bantuan dan cuba ringankan beban yang ditanggung mangsa.

Dalam masa yang sama Shahrol juga menegur bahawa setiap petugas yang hadir memberi bantuan harus dihormati, pelawak ini juga berkongsi beberapa foto anggota tentera menyelamatkan mangsa banjir di Instagramnya sebagai bukti Angkatan Tentera Malaysia menjalankan tugas.

Foto – Instagram @shahrol_shiro

“Abang @harithiskander

Sebagai anak kepada bekas tentera, saya tersinggung dengan kenyataan anda yang mengatakan sepanjang 4 hari tidak nampak pasukan ATM turun membantu.

Dengan dugaan yang berlaku ini, semua pihak di dalam tekanan. Semua petugas, anggota, NGO dan semua melaksanakan peranan masing-masing.

Situasi ini bukan masanya kita mencari salah mana-mana pihak. Mana-mana pihak yang sampai awal, hulurkanlah bantuan apa yang termampu agar beban yang ditanggung mangsa dapat diringankan.

Berilah sedikit hormat buat petugas-petugas, anggota-anggota serta semua yang hadir memberi bantuan, bukan mencari siapa yang salah.

Jika anda kata tak nampak ATM turun membantu, saya sertakan gambar-gambar mereka yang turut serta dalam menyelamatkan mangsa banjir.

Terima kasih buat petugas-petugas yang bertungkus-lumus siang dan malam membantu. Semoga Allah SWT merahmati kalian” luahnya

Apa pandangan anda?

Jiwa MADANI Sentuh Komuniti, ATM Laksana 17 Projek Dengan Peruntukan RM850,000 MINDEF
Angkatan Tentera MalaysiaATMHarith IskanderShahrol Shiro
https://lomp.at/ra4gi
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

[VIDEO] Datin Shahida Janji Lagu Raya Aliff Syukri Bakal Baik-Baik Sahaja-“Sebab Mama Ada Dalam Lagu Ni..”

by Naddy Joe
February 10, 2026

Perkongsian isteri kepada usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Shahida mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momennya yang...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Siti Nurhaliza Kongsi Momen Rai Hari Lahir Datuk K Bersama Keluarga, Peminat Terharu!

by Naddy Joe
February 20, 2026

Perkongsian Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mencuri perhatian peminat selepas memuatnaik satu video yang memaparkan seluruh keluarga meraikan hari...

Read moreDetails
Foto - @marissadania_ (IG)
Lokal

“Saya Tak Dapat Hak Isteri Yang Sepatutnya, Seadilnya”- Luahan Marissa Dania Undang Kecaman

by Nurul A.
March 31, 2026

Selepas pempengaruh Umisya Mazlan memuat naik hantaran di Threads, meminta orang ramai tidak mengaitkan dirinya dalam isu rumah tangga suaminya,...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Sheikh Muszaphar Terharu Lihat Ibu Masih Bertenaga Ketika Saie-“Siap Lari Anak Lagi..”

by Naddy Joe
February 4, 2026

Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor meluahkan rasa kagum dengan ibunya yang masih bertenaga biarpun sudah berusia 81 tahun...

Read moreDetails
Foto - @wafarienaroslan (IG)
Lokal

Pinggul Wafariena Roslan Jadi Perhatian- “Saya Suka Macam Kim K”

by Nurul A.
March 12, 2026

Baru-baru ini nama pelakon Wafariena Roslan menjadi bualan ramai selepas muncul beberapa dakwaan bahawa dia telah melakukan pembedahan kosmetik bagi...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

  5. 5

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara