Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

“Tak Yah Ler Perasan Hebat Sangat”-Shahrulezad Titip Pesanan Buat Pelakon ‘Diva’

Shahrulezad menyifatkan pelakon ini bakal digantikan dengan pelakon yang jauh lebih muda

by Naddy Joe
December 30, 2021
Share on Facebook

Pengarah dan penerbit Radius One Production, Shahrulezad Mohameddin mendedahkan hakikat sebenar sebagai seorang pelakon tidak akan kekal lama dalam industri seni sekiranya  mempunyai sikap berlagak “diva”.

Jangka Hayat Pelakon Terlalu Pendek

Menerusi hantaran yang dibuat di Instagram, Shahrulezad menyifatkan jangka hayat seseorang aktor dan aktres sebenarnya terlalu pendek kecuali buat mereka yang sentiasa merendah diri dan mempunyai hubungan yang baik dengan industri seni.

“Hakikat sebenar nasib pelakon di dunia. Bukan sahaja di Malaysia. Life span seseorang aktor dan aktres tu sebenarnya terlalu pendek kecuali mereka yang selalu merendah diri dan mempunyai hubungan PR yang baik dengan industri (kecuali Amitabh Bachchan, Shah Rukh Khan dan Rajinikanth).”-kongsi Shahrulezad

Titip Pesanan Buat Pelakon Berlagak “Diva”

Dalam pada itu, dia turut berpesan kepada pelakon yang berlagak bahawa mereka bakal digantikan dengan pelakon yang jauh lebih muda pada bila-bila masa.

“Bagi mereka yang berlagak diva semasa di zaman kehebatan kalian. Trust me you are sooo REPLACEABLE! So tak yah ler nak perasan hebat sangat sebab anytime jer korang boleh ditukarkan dengan pelakon yang jauh lebih muda walaupun kurang berbakat

dan bila masa tu muncul tak yah ler korang terpinga-pinga tertanya-tanya kenapa tak der tawaran yang mula menyapa diri. Tanya pada diri sendiri ‘imej’ yang korang tinggalkan pada industri. Pada kami warga belakang kamera ni.”-pesannya

Lebih Teruja Bekerjasama Dengan Artis Yang Bersikap Bagus

Kongsinya lagi, dia lebih teruja untuk bekerjasama dengan mereka yang bersikap  bagus berbanding selebriti yang berbakat besar namun menjengkelkan.

“Abam lagi teruja bekerjasama dengan artis yang mempunyai sikap yang bagus berbanding yang berbakat besar tetapi annoying. Abam takut abam tak ikhlas mengarah artis-artis begini.”- katanya lagi

View this post on Instagram

A post shared by Shahrulezad Mohameddin (@budakijat)

Terdahulu, Murai My melaporkan Shahrulezad tampil memberikan pesanan  terhadap segelintir artis-artis ‘pendek akal’ yang sengaja mencetuskan provokasi kononnya tanpa mendapatkan vaksin  masih boleh meloloskan diri menyertai produksi. Shahrulezad turut memberikan pesanan pada penerbit dan stesen televisyen untuk berhati-hati apabila berurusan dengan artis-artis sedemikian.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
ShahrulezadShahrulezad Mohameddin
https://lomp.at/sbvlw
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  3. 3

    “Dah Banyak Kes Orang Sakit Mental”- Rakyat Mula Resah, Kuota BUDI95 Didakwa Punca Kesihatan Terjejas

  4. 4

    Ramai Tengah Serbu Seri Negara KL, Tempat Bersejarah Ini Kini Nampak Lebih Moden

  5. 5

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara