Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

Caprice Pening, Minta Nasihat Netizen Macam Mana Nak Kata ‘Tidak’ Pada Anak

Penyanyi rap ini akui sukar untuk bertegas dengan anak perempuannya

by Puteri Alia
December 30, 2021
Foto - Instagram @daddycapofficial

Foto - Instagram @daddycapofficial

Share on Facebook

Muat naik terkini usahawan dan penyanyi rap terkenal tanah air, Caprice, menarik perhatian orang ramai terutama golongan ibu bapa di media sosialnya.

Minta Nasihat Cara Berkata Tidak Pada Anak

Caprice berkongsi teguran isterinya tentang cara penyanyi rap ini sering memanjakan anak perempuan mereka, boleh menyebabkan puteri cilik ini menjadi anak yang nakal bila besar nanti.

Menerusi perkongsian usahawan selebriti ini di Instagram, semenjak bergelar sebagai bapa kepada anak tirinya itu Caprice akui sukar untuk bertegas dengan anak yang manja.

Foto – Instagram @daddycapofficial

“Ramai juga orang tanya siapa lagi garang? Mak ke daddy?

Well obviously….. The mom. Lol tapi memang susah bagi seseorang macam saya untuk marah anak yang sangat manja.

Dari dulu sampai sekarang walaupun ketika saya bekerja, ada mesyuarat, dia akan cari jalan untuk duduk sebelah saya, atau peluk saya, atau tanya sesuatu.

Mak dia selalu risau kalau saya tak mula kata tidak, dia akan jadi nakal bila besar..

Apa pandangan anda?

Macam mana nak kata tidak pada anak secomel ini.” Tulisnya

Netizen Saran Kata Tidak Sambil Jelaskan Sebab Sekali

Perkongsian selebriti ini menarik perhatian orang ramai, dan rata-rata memberi komen nasihat yang lebih kurang serupa di ruangan komen posting nya itu.

Foto – Instagram @daddycapofficial

“Penjelasan yang baik sudah cukup.. Anak macam span, percaya Allah… Cuba buat yang terbaik.. Biar Allah lakukan selebihnya”

“Bila nak cakap ‘no’ atau pun ‘yes’…. Disusuli dengan sebab supaya anak faham ada yang tak boleh dan ada yang boleh, ikut situasi”

“Budak baya macam ni memang suka bergurau dan manja, tambah pula dapat daddy yang melayan anak macam ni.. Manja habis lah.. Manja, manja juga tapi kalau dia buat benda yang salah, kena tegur juga… Nanti susah kemudian hari, bila dah besar panjang”

“Anak-anak sentiasa perlu penerangan Cap… Anda boleh kata tidak pada dia.. Dalam masa yang sama anda perlu terangkan kenapa… InsyaAllah.. Anak-anak akan lebih faham bila kita slow talk dan bagi dia orang faham” komen mereka

Apa pandangan anda?

[VIDEO] Gelagat Mariam, Anak Fizo & Mawar Curi Perhatian, “Petahnya Bercakap”
Anakcapricedidikan
https://lomp.at/1nhaz
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @syed.jeev (FB)
Lokal

Kejutan Untuk Isteri, Prince Syed Tarik Balik Laporan Polis Terhadap Mentua

by Nurul A.
March 17, 2026

Usahawan dan pempengaruh sensasi, Prince Syed telah mengejutkan orang ramai apabila dia mendedahkan telah menarik semula laporan polis yang pernah...

Read moreDetails
Spotlight

Syed Iqbal Komen Bahasa Arab Nyanyian Aina Abdul, – “Aku Teliti Lagu Raya Dia…”

by Phic ARMAN
March 21, 2026

Dalam dunia muzik, bukan semua penyanyi berani keluar dari zon selesa. Tapi lain ceritanya dengan Aina Abdul yang sekali lagi...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Gelagat Anak Azah Aziz Cakap Melayu, Netizen Terhibur!-“French Sangat Ni..”

by Naddy Joe
March 9, 2026

Perkongsian pelakon, Azah Aziz mencuri perhatian netizen selepas berkongsi gelagat anak lelakinya, Justin Leroy yang cuba berbahasa Melayu, baru-baru ini....

Read moreDetails
Foto - @ericjjlay (IG)
Asia

Eric Lay Akui Tertekan Lakon Babak Bogel Dalam ‘Kong Tao’

by Nurul A.
March 19, 2026

Filem seram kerjasama Malaysia-Thailand 'Kong Tao' bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai hari ini, 19 Mac 2026. Pasukan produksi...

Read moreDetails
Foto - @abbyabadi_112 (IG)
Lokal

Netizen ‘Geram’ Marissa Tak Ambil Iktibar Dari Perkahwinan Ibu, Ini Respons Abby Abadi

by Nurul A.
March 31, 2026

Nama pelakon Abby Abadi tidak lekang daripada mulut warganet selepas meluahkan perasaan di platform Threads semalam. Menerusi komennya yang ditinggalkan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

  5. 5

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara