Sekarang ini makanan tiruan telah berleluasa. Berhati-hati dan berwaspadalah pada kewujudan makanan tiruan ini. Berikut adalah 5 jenis makanan tiruan yang telah ada di pasaran menurut Bright Side.

1Telur Ayam

via Imgur

Telur tiruan mengandungi bahan merbahaya. Kebiasaannya kulit telur dan isi telur ditiru seperti asli. Cara nak membezakannya ialah, kulit telur tiruan biasanya lebih keras dan berbentuk lebih besar dari telur sebenar serta kuning telur yang terlalu kuning besar kemungkinan adalah tiruan.

IKLAN

2Kayu Manis

via 10 Best

Menurut Bright Side, cassia adalah pengganti kepada kayu manis yang nilainya lebih murah. Baunya Cassia adalah berbeza dan ia sebenarnya turut membahayakan kesihatan.

Kayu manis sebenar mempunyai ‘cinnamomum verum’ pada bungkusannya dan cassia pula mengandungi ‘cinnamomum aromaticum’. Kayu manis sebenar mudah dipatahkan dan ringan. Cassia pula sangat keras dan bewarna coklat terang.

3Mi Tiruan

via 4bp

Pendedahan penghasilan mi tiruan di dedahkan pada tahun 2010. Bahan asas membuat mi ini adalah gandum yang rosak dan perasa merbahaya dan ada juga yang diperbuat daripada plastik. Mi tiruan biasanya boleh dikenal pasti dengan merasanya sebelum masak

4Scallop Tiruan

via The Spruce

Menurut Bright Side, disebabkan scallop susah untuk dapat, jadi banyak pengilang menggunakan isi ikan hancur, ikan pari, kuda laut dan isi ikan jerung sebagai pengganti. Ada juga yang menggunakan fungus salji untuk diproses menjadi scallop.

5Kacang Pis Hijau

via Youtube

Kacang pis hijau tiruan diperbuat daripada gabungan kacang soya dan sodium metabisulfiate yang dilarang kerana boleh membawa risiko pertumbuhan kanser dan masalah metabolisme.

Cara untuk membezakan tiruan dan asli adalah dengan mengambil langkah lebih berhati – hati dalam memilih pengeluar. Selain itu, jika anda dapati warna kacang terlalu hijau, ini bermaksud warna tersebut adalah pewarna.

Sebaiknya kita sepatutnya membuat perbandingan antara barang yang asli dan tidak sebelum membeli sesuatu barang.