Kadangkala kita tidak perasan bahawa bahan-bahan yang terdapat di sekeliling rumah juga boleh digunakan sebagai barang yang membantu urusan dapur terutama menghilangkan bau hanyir ikan.

Menurut Rasa Share Resepi, anda juga boleh menggunakan daun jambu batu dalam menghilangkan bau hanyir ikan seperti langkah di bawah.

IKLAN

1Menggunakan Daun Jambu Batu

via Event Kampus

Bau hanyir ikan adakalanya sangat susah dihilangkan dan ini sekaligus menjejas rasa ikan itu sendiri. Pasti ramai yang tidak tahu sebenarnya daun jambu bantu merupakan salah satu bahan yang dapat menbantu dalam menghilangkan bau hanyir yang terdapat pada ikan.

2Menambah Rasa Sedap Ikan

vis ZBidadari

Menurut Rasa Share Resepi, orang dulu kalau nak hilangkan bau hanyir ikan, mereka akan letak gandum, limau, cuka atau garam kasar. Antara alternatif lain adalah menggunakan daun jambu batu. Rasa ikan lepas dimasak akan lebih sedap berbanding kalau dibasuh biasa tanpa diletak apa-apa pada ikan.

3Menyediakan Air Rendaman Daun Jambu Batu

via Rasa

Jika tiada bahan kebiasaan yang sering digunakan, anda boleh gunakan daun jambu batu yang terdapat di belakang rumah saja. Cara penyediaanya sangat mudah, ambil beberapa helai daun jambu batu, bilas terlebih dahulu dan rendam bersama-sama air paip di dalam bekas yang agar besar.

4Menggosok Ikan Menggunakan Daun Jambu Batu

via Daily Route

Menurut Rasa Share Resepi, ramas daun jambu batu terlebih dahulu sehingga nampak agak sedikit kasar. Masukkan ikan dan gosokkan bahagian ikan dengan daun jampu batu sehingga hanyir hilang dan lendir yang terdapat pada ikan hilang.

5Bilas Ikan Setelah Selesai Basuh Air Daun Jambu Batu

via Bpblogspot

Setelah selesai gosok ikan dengan menggunakan daun jambu batu, maka anda boleh terus membilas ikan sekali lagi dengan air paip untuk memastikan ikan dalam keadaan bersih dan tiada bau hanyir. Setelah selesai, maka anda boleh teruskan untuk memasak.

Jadi bagi yang takut dan tidak yakin untuk membasuh ikan, cara tersebut adalah cara yang mudah dan sangat senang kerana anda boleh menggunakan daun yang terdapat di sekitar rumah sahaja.