Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

“Semoga Allah Menjagamu” – Neelofa Maafkan Gadis Sebarkan Fitnah

by Khai Azfar
January 4, 2021
Share on Facebook

Menerusi hantaran di laman Insta-story miliknya, selebriti popular Noor Neelofa Mohd Noor atau lebih dikenali sebagai Neelofa memaafkan seorang gadis belasan tahun dipercayai individu yang bertanggungjawab menyebarkan fitnah terhadap dirinya dan tunang, PU Riz baru-baru ini.

Neelofa Maafkan Seikhlas Hati

Dalam perkongsian ringkas itu,dedah Neelofa dia mengganggap perjalanan gadis itu masih jauh kerana berusia belasan tahun. Biarpun menerima dugaan yang besar, namun Neelofa berkata dia memaafkan gadis itu seikhlas hati selain turut mendoakan buatnya.

“Adik, awak masih muda, baru belasan tahun. Jauh lagi perjalanan. Apa yang lepas memang sangat pahit untuk dihadapi tapi ada banyak hikmah yang tersirat”

“Saya maafkan seikhlas hati, semoga Allah menjagamu” tulis Neelofa.

Terdahulu, tular di laman Twitter mengenai suntingan perbualan gadis itu yang dikenali sebagai Syamira yang mana dia mendakwa Neelofa telah pun berkahwin dengan PU Riz di Kelantan dan kononnya Neelofa turut terkena minyak pengasih.

Dalam perbualan itu, dia turut mendakwa Neelofa telah memindahkan sejumlah wang yang banyak ke dalam akaun PU Riz.

Bagaimanapun, Neelofa dalam sebuah kenyataan rasmi menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut. Susulan itu, Syamira tampil membuat permohonan maaf secara terbuka dan mendakwa dia sama sekali tidak mempunyai niat yang tidak baik terhadap pasangan itu dan menyesal dengan tindakannya.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
neelofa
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    ANSA Hotel Kuala Lumpur: Hotel Tengah Bukit Bintang Ini Jadi Pilihan Ramai, Keluar Je Terus Sampai Pavilion, Lot 10 & Jalan Alor!

  2. 2

    Anak Sulung Aziz Sattar Meninggal Dunia, Pernah Mengisi Layar Anakku Sazali

  3. 3

    Niat Nak Bercuti, Berakhir Di Dewan Bedah! Dakwaan Kecederaan Serius Di Taman Rekreasi Cetus Kerisauan

  4. 4

    ‘The East Palace’ Netflix Bawa Penonton Rentas Alam Roh, Pada 17 Julai Ini!

  5. 5

    Ramai Tak Sangka, Chef Kecik Boulangerie Di Kajang Hidang Pastri Premium Bertaraf Kafe Eropah!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara