Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Harris Annuar Disahkan Positif COVID-19

by Khai Azfar
January 4, 2021
Share on Facebook

Pelakon dan pengacara, Harris Annuar berkongsi satu khabar yang mengejutkan yang mana dia telah disahkan positif jangkitan wabak COVID-19 selepas menjalani ujian saringan semalam.

Akan Jalani Saringan Kedua

Dalam kenyataan rasminya sebentar tadi, Harris berkata dia telah menjalani ujian saringan pertama sebelum disahkan positif semalam. Bagaimanapun, pada hari ini dia akan kembali mendapatkan ujian saringan kedua dan mendedahkan dia kini sedang menjalankan kuarantin kendiri seperti mana disarankan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Assalamualaikum, semalam pada 3/1/2021 Harris baru sahaja menjalani ujian saringan Covid bersama pasukan Megaklinik Zahran dan ternyata Harris positif Covid untuk saringan yang pertama.

“Hari ini pada 4/1/2021 Harris akan ke Megaklinik Zahran kembali untuk buat saringan kedua, untuk masa sekarang ini, Harris sedang kuarantin kendiri di rumah seperti yang disarankan oleh pihak KKM,” katanya dalam kenyataan tersebut

Gesa Kontak Rapat Jalani Ujian Saringan 

Dalam pada itu, anak kepada usahawan terkenal ‘Kak Ton’ ini turut meminta kepada mereka yang bertemu dengannya baru-baru ini untuk menjalani ujian saringan COVID-19 secepat mungkin selain memohon maaf atas apa yang terjadi.

“Jadi, sapa-sapa yang kontak rapat dengan Harris selama dua minggu yang terakhir boleh pergi untuk menjalani ujian Covid-19 di klinik yang berdekatan”

“Setakat ini Harris masih menunggu panggilan rasmi daripada pihak KKM untuk tindakan selanjutnya. Maaf atas segala kesulitan,” katanya lagi.

Di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan selebriti turut terkejut dengan berita tersebut lain mendoakan agar pelakon TQ Captain ini diberikan kesembuhan. Difahamkan, sahabat karibnya yang juga pengamal media sosial, Tajuddin Bakar turut disahkan positif.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
covid-19Harris AnnuarHarris Annuar positif covid-19
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Tular Pelanggan Tinggalkan Sushi Tidak Habis, Netizen Tampil Kongsi Pengalaman Sebenar Sistem Buffet

  2. 2

    “Kami Bukan Nak Gantikan Cendol Mereka”- Pengasas Koppiku Mahu Penjual Tradisional Terus Dikenang

  3. 3

    Apa Istimewanya Griya Hingga Berjaya Duduki No.1 Netflix Malaysia? iQIYI Dedah Kekuatan Drama Ini

  4. 4

    Tahniah! Fattah Amin & Amira Othman Timang Anak Lelaki- “Sedap Namanya”

  5. 5

    Air Dah Berasap, Tapi Masih Kata Tak Panas! Kisah Pelanggan Cerewet Buat Ramai Geleng Kepala

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara