Anxiety adalah rasa tidak senang seperti rasa takut atau risau, yang boleh menjadi ringan atau teruk. Setiap orang mempunyai anxiety pada suatu ketika dalam hidup mereka. Contohnya, anda merasa bimbang dan cemas untuk menduduki peperiksaan atau temuduga kerja. Menurut NHS UK, perasaan gelisah pada waktu-waktu begitu adalah normal.
Namun bagitu, sesetengah orang sukar untuk mengawal kebimbangan mereka dan perasaan anxiety lebih berterusan dan sering mempengaruhi kehidupan seharian mereka. Berikut adalah beberapa aplikasi yang dapat membantu anda mengurus anxiety. Scroll sampai habis okay!
Calm
Tidur, meditasi, relaxation adalah di tangan anda dengan Calm, sebuah aplikasi mindfulness yang popular. Anda boleh boleh memilih berapa lama anda mahu mendedikasikan diri dengan aplikasi ini setiap hari. Tidur juga sangat penting untuk menguruskan stress, tetapi ia juga menjadi perkara pertama yang bermasalah jika anda merasa cemas atau gelisah.
Sebagai tambahan kepada pelbagai meditasi harian, ciri aplikasi Calm turut menampilkan bunyi semulajadi dan sleep stories untuk membawa anda tidur yang lena.
Colorfy
Colorfy adalah buku mewarna dewasa yang dibawa ke alam digital. Dengan pilihan gambar dan mandala untuk dipilih, atau pilihan untuk memuat naik lakaran anda sendiri untuk diwarna, anda boleh menghabiskan masa berjam-jam dalam flow state atau memberi tumpuan terhadap meditasi melalui aplikasi ini.
Menumpukan perhatian anda ke dalam rekaan yang cantik dan indah dapat mengalihkan perhatian dari pemikiran cemas dan membantu menenangkan anda.
Dare – Break Free From Anxiety
Aplikasi DARE adalah sebuah aplikasi yang membantu mereka mengatasi anxiety, serangan panik, bimbang, dan insomnia. Anda boleh mengesan kemajuan anda setiap hari dengan mood journal. Berdasarkan buku jualan terlaris ‘DARE’, yang membantu mereka mengatasi anxiety dan serangan panik dengan cepat. Anda dapat membawa aplikasi ini ke mana sahaja anda pergi.
AntiStress Anxiety Relief Game
AntiStress Anxiety Relief adalah aplikasi permainan yang direka untuk membantu menghilangkan tension dan anxiety dengan menyediakan aktiviti yang harus dilakukan tanpa alasan lain selain melakukannya. Dengan permainan mudah dan berulang-ulang yang disediakan dalam aplikasi ini, anda boleh menenangkan fikiran dan memasuki keadaan yang tenang.
The Mindfulness App: relax, calm, focus and sleep
Jika anda mencari aplikasi untuk menenangkan dan meningkatkan kualiti tidur anda, aplikasi Mindfulness adalah jawapannya. Anda boleh menggunakan aplikasi ini untuk bermeditasi setiap hari dan durasinya juga boleh dilaraskan antara 3 hingga 30 minit.
Aplikasi ini membantu menjadikan minda lebih tenang dan sihat. Anda boleh mempelajari pelbagai topik di dalam aplikasi ini seperti cara menghilangkan stres, meningkatkan fokus, meningkatkan kualiti tidur, menguruskan emosi, hubungan dan banyak lagi.
Stay healthy!
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.