Selepas 14 tahun, perkahwinan pasangan Bollywood, Abhishek Bachchan dan Aishwarya Rai Bachchan masih dianggap sebagai kisah dongeng.
Perkahwinan mereka telah menjadi ‘wedding of the decade’‘ pada masa itu. Aishwarya begitu memukau dalam sari Kanjeevaram tradisionalnya dan Abhshek, yang kelihatan seperti seorang putera raja.
Ia berlangsung pada 20 April 2007, pada ketika ini Aishwarya dan Abhishek disatukan menjadi sepasang suami isteri yang sah. Setelah 4 tahun melayari bahtera perkahwinan, mereka dikurniakan seorang bayi perempuan yang cantik pada tahun 2011. Mereka namakan, Aaradhya Bachchan.
Beralih semula mengenai perkahwinan Aishwarya dan Abhishek, perkahwinan mereka adalah salah satu perkahwinan terbesar di India. Dan penampilan Aishwarya memang merupakan salah satu penampilan perkahwinan paling mahal di India.
Bagi mereka yang tidak tahu, Aishwarya memilih saree Kanjeevaram emas yang indah dan barang kemas tradisional untuk menambahkan lagi daya tarikan pada penampilannya. Sebelum memberitahu anda harga sari tersebut, jom ketahui siapakah individu di sebalik rekaan saree indah ini.
Pereka fesyennya ialah Neeta Lulla, uniknya, sari ini dihiasi emas dan ditaburi kristal yang mahal.
Untuk tampil mewah, saree ini ditenun dengan benang emas yang asli dan mempunyai banyak kristal di atasnya. Harganya mencecah 75 Lakh atau sekitar RM 411, 397, dan itu adalah saree termahal yang pernah ada. Aishwarya juga dipakaikan sherwani putih dengan tenunan emas asli di atasnya.
Bukan itu sahaja, mereka juga melangsungkan resepsi perkahwinan di Taj Hotel. Para Chef di minta untuk menyajikan makanan gabungan masakan India, Cina dan kontinental. Acara itu pun dihadiri nama besar bintang Hollywood hingga para ahli politik.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.