Bagi merancakkan semula industri pelancongan Negeri Selangor menerusi pelaksanaan Kempen “Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu!”,Kerajaan Negeri Selangor telah melancarkan baucar pelancongan elektronik sebanyak RM200.00 buat pengguna yang layak.

Kini Boleh Ditebus Sehingga 31 Januari 2021

Penebusan baucar tersebut telah bermula pada 8 Januari hingga 31 Januari 2021 di aplikasi dompet elektronik Touch ‘n Go e-Wallet dan aplikasi ‘marketplace’ Lazada Malaysia melalui capaian khas pautan sesawang mikro ‘Kempen Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu!’ dan pengguna boleh membeli pakej yang ditawarkan sehingga 30 Jun 2021.

IKLAN

Layak Untuk 18 Tahun Ke Atas 

Difahamkan, antara syarat untuk menggunakan baucar ini adalah, pengguna mestilah warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dan penebusan baucar ini dibuat berdasarkan ‘first come, first serve’. Terbaru, menerusi carian Murai.my ke atas kedua-dua platfrom ini mendapati ianya telah habis ditebus oleh pengguna.

Dalam masa yang sama, pihak Tourism Selangor juga mensarankan kepada para pelancong untuk mengamalkan norma baharu yang menekankan SOP (Standard Operating Procedures) mengikut saranan Majlis Keselamatan Negara (MKN) semasa melancong ke Negeri Selangor.