Adnan Oktar, pemimpin agama sesat dari Turki, dijatuhi hukuman penjara 1,075 tahun kerana melakukan beberapa kejahatan. Adnan Oktar yang dikenali sebagai Harun Yahya ditangkap oleh seorang polis di Istanbul, Turki, pada tahun 2018 secara rasmi dihukum penjara 1,075 tahun. Keputusan itu diputuskan pada hari Isnin (11/1/2021) waktu tempatan.

5
Foto: Getty Images

Melakukan Pelbagai Jenayah

Harun Yahya dilaporkan mempunyai kes jenayah dan ajaran sesat yang dilakukan selama puluhan tahun. Pengikutnya dikatakan melakukan pelecehan seksual, peras ugut, pengubahan wang haram sehinggalah spionase ilegal.

IKLAN
4
Foto: Getty Images

Terkenal Sebagai Seorang Cendekiawan

Harun Yahya terkenal sebagai cendekiawan dengan menghasilkan banyak buku tulisannya dan video-video berdakwah tentang Islam. Diatas kesalahan jenayah yang dilakukannya, dia diadili di Turki bersama dengan 236 pengikutnya. Ini seperti yang dipetik dari Bloomberg.

3
Foto: Getty Images

Penulis Buku Atlas of Creation

Sepanjang kariernya sebagai seorang pendakwah, Harun Yahya sangat popular di Turki . Salah satu buku yang melonjakkan namanya menjadi popular ialah Atlas of Creation yang menulis mengenai ciptaan manusia dari perspektif Islam.

2
Foto: Getty Images

Pemimpin Ajaran Sesat

Popularitinya semakin meningkat kerana rancangan televisyen provokasi disiarkan di saluran peribadinya. Dalam semua aktiviti dan ceramahnya, dia selalu dikelilingi oleh sejumlah wanita seksi. Siaran ceramahnya di stesen televisyen kemudian mendapat kritikan dari para pemimpin agama Islam di Turki.

1
Foto: Getty Images

Dipenjara Selama 1,075 Tahun

Setelah dianggap sesat dan terbukti melakukan beberapa kesalahan yang telah dilakukannya selama beberapa dekad, Harun Yahya bersama sejumlah pengikutnya ditangkap oleh polis pada tahun 2018.

Dipetik dari CNN, Semasa perbicaraan, hakim mendengar sejumlah keterangan dari mangsa keganasan seksual dan gangguan yang dilakukan oleh Harun.

Seorang saksi mangsa dengan inisial CC mengakui bahawa dia dan sejumlah wanita lain diperkosa dan diganggu oleh Oktar. Menurut pengakuan CC, Harun memaksa sejumlah wanita yang dia perkosa untuk minum pil kontraseptif.

Selepas penangkapan itu, saluran TVnya dimatikan sehingga akhirnya Adnan Oktar kini akan dipenjara selama 1,075 tahun .