Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Jalan-Jalan

Dah Tempah Tiket Penerbangan Tapi PKP Pula! Ini Nasihat Dari AirAsia

by Phic ARMAN
January 12, 2021
Share on Facebook

Jika anda telah pun merancang untuk melancong dalam masa terdekat ini, lebih baik pertimbangkan untuk menangguh atau membatalkannya. Sudah semestinya dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), rentas negeri tidak dibenarkan bagi seluruh negara.

Bagaimana pula kepada yang sudah menempah tiket penerbangan dengan AirAsia?

Memetik dari laporan Harian Metro, AIRASIA Bhd memberitahu perkhidmatan penerbangan domestiknya kekal beroperasi sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai 13 hingga 26 Januari ini.

Namun disebabkan PKP, anda boleh membatalkan penerbangan mereka secara sukarela dan memilih perubahan tarikh penerbangan tanpa had.

“Penumpang yang mempunyai tempahan penerbangan antara 13 dan 26 Januari yang tidak dapat melakukan perjalanan dalam tempoh ini boleh membatalkan penerbangan mereka secara sukarela dan memilih perubahan tarikh penerbangan tanpa had.”

“Perubahan boleh dibuat ke atas mana-mana tarikh penerbangan baharu sebelum 31 Mac 2021 di laluan yang sama tanpa had tanpa bayaran tambahan, tertakluk kepada ketersediaan tempat duduk,” katanya.

AirAsia dalam kenyataan hari ini berkata, untuk perjalanan penting dalam tempoh ini, para tetamu mesti mendapatkan kebenaran sah daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum berlepas dan perlu mematuhi syarat-syarat kemasukan yang ditetapkan oleh negeri-negeri tertentu.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
airasia
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - Star Voyager
Destinasi

StarCruises Kembali ke Hong Kong bersama Star Voyager untuk Percutian Pelayaran Musim Luruh

by Nurul A.
July 19, 2026

StarCruises bawa kembali musim percutian pelayaran ke Hong Kong apabila Star Voyager kembali dari 30 September hingga 13 November 2026....

Read moreDetails
Bintan
Destinasi

Satu Pulau, Dua Resort Marriott- Ini Cara Terbaik Untuk Teroka Pulau Bintan

by Nurul A.
July 31, 2026

Bintan telah lama diiktiraf sebagai salah satu destinasi pulau yang paling mudah diakses di Asia Tenggara, semuanya hanya dengan menaiki...

Read moreDetails
Le Méridien Putrajaya
Hotel

Ulang Tahun Ke-10, Le Méridien Putrajaya Tawar Penginapan Terpilih & Pengalaman Kulinari

by Nurul A.
August 20, 2026

Le Méridien Putrajaya menandakan ulang tahun ke-10nya dengan koleksi tawaran penginapan dan santapan terhad dari Ogos hingga September ini. Diinspirasikan...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bella Astillah ‘Kerja’ Jadi Barista, Lebih 500 Orang Serbu Kedai

  2. 2

    Kisah Cinta Lama Izzana Salleh & Adam Radlan Jadi Perhatian- “Mereka Sangat Low Profile”

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Di Sebalik Mahkota Taanusiya Chetty, Ada Kisah Yang Tak Ramai Tahu

  5. 5

    Lelaki Ini Kongsi Detik Cemas Jam Tangan Pintar Fitbit Terbakar di Pergelangan Tangan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara