Sejak semalam, Usahawan kosmetik sensasi, Nur Sajat Kamaruzzaman atau lebih dikenali sebagai Sajat mencuri perhatian warganet selepas memuat naik video pendedahan mengenai penangkapannya oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) baru-baru ini.

Undang Kecaman 

Dalam video tersebut,Sajat berkata dia telah diperlakukan dengan kasar oleh JAIS sehingga mendatangkan kecederaan kepada beberapa anggota badannya. Bagaimanapun,tindakannya memuatnaik video berkenaan mengundang pelbagai persepsi netizen termasuklah kecaman sehingga menjadikan namanya trending di laman Twitter.

Sajat Alami Tekanan

Susulan daripada itu juga, menerusi insta-story nya Sajat berkongsi beberapa ucapan dan kata-kata semangat yang dititipkan oleh pengikutnya. Namun begitu, beberapa hantaran dari Sajat telah mendedahkan dirinya telah mengalami tekanan perasaan selain turut akui telah memakan ubat tidur selama empat hari berturut-turut berikutan berhadapan dengan masalah tidur.

IKLAN

Malah dalam sebuah hantaran, Sajat meluahkan pada tahun ini dia hanyakan mahukan ketenangan dan kebahagiaan seperti keluarga lain selain berkongsi sekeping foto dia memakai alat pernafasan di sebuah pusat perubatan.

“Bila mati..semua akan tenang”

“2021 Aku nak tenang, Aku nak bahagia. Aku nak hidup macam keluarga lain..Insyallah”

“Terima kasih. Buat saya makin dekat dengan tarkh mati saya”

“Depression” luah Sajat di Insta story

Terdahulu, pihak JAIS menerima aduan berkaitan Sajat menganjurkan satu majlis tahlil dan doa selamat bersama dengan anak-anak tahfiz pada 23 Februari tahun lalu. Ketika itu, Sajat telah memakai lengkap baju kurung serta bertudung seperti seorang wanita dan secara tidak langsung didakwa di bawah Seksyen 10 iaitu menghina agama Islam atau menyebabkan agama Islam dipandang hina