Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Teruskan Saman! Emelda Rosmila Enggan Mediasi Bersama Zarina Anjoulie

by Khai Azfar
January 15, 2021
Share on Facebook

Pelakon Emelda Rosmila dikhabarkan telah menolak saranan mahkamah untuk menyelesaikan krisis undang-undang melalui proses mediasi dengan pelakon Zarina Anjoulie Lavocah.

Emelda Enggan Bermediasi 

Menerusi sebuah kenyataan media oleh pengurus krisis Zarina, Saiful Ridzuan dari Saiful Ridzuan Public Relations And Communications, pada 15 Oktober 2020, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur telah mencadangkan agar kedua-dua pihak menjalani proses mediasi.

Zarina telah mengusulkan kepada Emelda pada 19 November 2020 agar proses tersebut diadakan pada bulan Januari, Februari atau Mac tahun ini. Namun, Emelda menerusi peguamnya pada 25 November 2020 memaklumkan dia enggan mengambil bahagian dalam proses mediasi ini untuk mencapai penyelesaian dan menyelesaikan krisis undang-undang bagi kedua-dua pihak.

“Kami berharap semuanya berjalan lancar seperti yang dicadangkan mahkamah dan kedua-dua pihak dapat mencari jalan penyelesaian. Namun, kerana Emelda Rosmila tidak mahu meneruskan mediasi, nampaknya kes ini akan melalui bicara penuh dan
kami pasti akan memberikan yang terbaik untuk anak guam sewaktu perbicaraan di mahkamah nanti,” kata peguam Zarina Anjoulie, Wan Azmir Wan Majid dari firma guaman NHA Advocates And Solicitors dalam kenyataan tersebut

Difahamkan, bagi kes ini Wan Azmir turut dibantu oleh Nurul Hafidzah Hassan dan Zeti Zukifli.

“Ini adalah kali kedua Emelda memfailkan permohonan untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi. Kali pertama ianya diajukan, Zarina tidak membantah, tetapi permohonan tersebut ditarik balik oleh defendan(Emelda) setelah permohonan dibuat bagi alasan yang hanya diketahui oleh beliau. Setelah itu, permohonan tersebut diajukan kembali, dan sekali lagi, kami tidak keberatan menurut kemahuan pihak Emelda tetapi kali ini kami memohon agar kos pindahan dibayar oleh defendan,” tambah Wan Azmir

Mahkamah Perintah Emelda Bayar Kos Zarina 

Susulan itu, pada minggu ini, mahkamah telah memerintahkan defendan untuk membayar kos kepada Zarina bagi membolehkan kes sivil tersebut untuk dipindahkan ke Mahkamah Tinggi. Dalam perkembangan lain, Saiful Ridzuan mengesahkan bahawa Zarina terbuka untuk menyelesaikan krisis undang-undang tersebut melalui proses mediasi dan usahawan tersebut akan mengikut nasihat dari barisan peguam yang telah dilantik bagi tindakan selanjutnya.

Topik Berkaitan PU Syed Beri Teguran Terhadap Zarina Anjoulie & Daddy Ash!

Terdahulu, usahawan selebriti itu nekad menyaman Emelda pada tahun lalu setelah dia dikhabarkan telah difitnah oleh pelakon tersebut di aplikasi Telegram dan akaun media sosial. Zarina menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk dan teladan serta perintah injuksi untuk mengelakkan Emelda memfitnahnya pada masa hadapan.

Selain itu, Zarina turut menuntut permohonan maaf dibuat dalam tetapan awam yang akan disiarkan di media cetak dan akaun media sosial Emelda sendiri. Difahamkan, kes fitnah siber tersebut telah diluluskan untuk dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur seperti yang dimohon oleh peguam Emelda sebelum ini.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Emelda Rosmilazarina anjoulieZarina Anjoulie Emelda Rosmila
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Lepas Syed Saddiq Dibebaskan, Posting Space Dollah Buat Netizen Tersenyum

  2. 2

    Kejadian Wanita Hamil di Lotus’s Selayang Buatkan Ramai Geram, Netizen Ingatkan Kuasa Boikot

  3. 3

    Naik Flight Biasa, Beratur Di Hospital, Ini Kisah Ameer Mydin Yang Buat Ramai Respek

  4. 4

    Peminat Filem Dedah ‘Dark Side’ Mark Wahlberg Di Penang,-“Jangan Terlalu Excited Dulu”

  5. 5

    Rita Sosilawati Kena Tahan Di ‘Airport’ London, Apa Jadi Dengan Pasport?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara