Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Tukar Nama Lain? Ibu Neelofa Batal Cap Dagang ‘Harimau Menangis’

by Khai Azfar
January 15, 2021
Share on Facebook

Menerusi sebuah sidang media yang diadakan semalam, ibu kepada usahawan dan selebriti terkenal Neelofa yang juga pemilik syarikat Noor Khan Enterprise, Datin Noor Kartini Noor Mohamed telah memaklumkan pihaknya telah pun membatalkan permohonan cap dagang bagi jenama ‘Harimau Menangis’.

Batal Permohonan Dengan Segera

Dalam kenyataannya itu, permohonan tersebut akan dibatalkan segera dalam masa terdekat selain turut menyatakan tujuannya memohon cap dagang (trademark) bagi Harimau Menangis sebelum ini adalah bertujuan mengelakkan masalah produk tiruan.

“Saya memohon maaf dan sedar akan kekhilafan terjadi dan berharap keputusan yang saya buat hari ini dapat menjelaskan dan meredakan keadaan.

“Saya membuat keputusan untuk membatalkan permohonan ‘trademark’ nama Harimau Menangis dengan secepat mungkin.

“Tujuan asal saya memohon trademark ini adalah hanya untuk melindungi jenama perniagaan saya dan juga ejen jualan kami daripada masalah produk tiruan,” kata Kartini

Tidak Berniat Tutup Rezeki

Tambahnya lagi, dia sama sekali tidak mempunyai sebarang niat untuk menutup pintu rezeki sesiapa dan berharap dengan keputusan yang dibuat oleh pihaknya, isu ini akan terus selesai.

“Saya percaya rezeki kita masing-masing datangnya daripada Allah SWT.

“Diharap dengan penjelasan ini isu ini selesai dan tidak berpanjangan,” katanya lagi

Terdahulu, tular di media sosial apabila Kartini mendakwa jenama ‘Harimau Menangis’ bagi produk keluarannya telah pun didaftarkan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dan mempunyai hak eksklusif ke atas cap dagangan nama berkenaan selain berseloroh orang ramai untuk menggunakan nama lain.

View this post on Instagram

A post shared by AUNTY TINI KITCHEN HQ (@auntytinikitchen.hq)

Susulan itu, rata-rata netizen mengecam tindakannya yang disifatkan sebagai keterlalun berikutan resipi tersebut sudah lama digunakan dalam masakan sebelum ini.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  3. 3

    “Dah Banyak Kes Orang Sakit Mental”- Rakyat Mula Resah, Kuota BUDI95 Didakwa Punca Kesihatan Terjejas

  4. 4

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  5. 5

    Bukan Semua Salah Pemandu! Isu Penunggang Motorsikal Bawa Laju Ketika ‘Lane Splitting’ 

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara