Wednesday, June 25, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Bollywood

5 Aktres Bollywood Ini Pernah Memegang Takhta Ratu Cantik Dunia

by Amirul Fikry
January 31, 2021
73
KONGSIAN
Share on Facebook

Priyanka Chopra dan Aishwarya Rai adalah antara dua artis Bollywood yang sentiasa diingati oleh para peminat mereka dan mereka adalah antara pelakon wanita yang pernah  dinobatkan sebagai Miss World. Aishwarya Rai pada tahun 1994 dan Priyanka Chopra pada tahun 2000.

Selain Priyanka Chopra dan Aishwarya Rai, nampaknya ada beberapa lagi pelakon lain yang juga mendapat tiket untuk memasuki dunia perfileman Bollywood melalui pertandingan ratu cantik antarabangsa.

Berikut adalah senarai 5 pelakon Bollywood yang telah memulakan karier mereka sebagai Miss World.

Priyanka Chopra

via blogspot.com

Sebagai pelakon Bollywood yang telah melebarkan sayapnya ke layar Hollywood, Priyanka Chopra adalah salah seorang pemegang gelaran Miss World 2000. Priyanka Chopra telah memenangi tempat kedua dalam pertandingan ratu cantik Miss India 2000 dan telah mara ke acara Miss World sebagai wakil untuk negaranya. Dia menjadi wanita kelima dari India yang memenangi mahkota Miss World.

Pada masa ini, Priyanka Chopra yang juga isteri kepada penyanyi Nick Jonas juga terkenal sebagai salah seorang pelakon Bollywood yang mendapat bayaran lakonan tertinggi di dunia. Selain daripada filem India seperti Dostana, Bajirao Mastani dan Krrish, namanya juga terkenal di Amerika Syarikat menerusi filem Baywatch, Isn’t It Romantic dan drama bersiri Quantico.

Aishwarya Rai Bachchan

via IBTimes India

Pelakon wanita yang sering disenaraikan dalam senarai wanita tercantik di dunia, Aishwarya Rai Bachchan juga merupakan salah seorang bekas pemegang mahkota Miss World. Aishwarya Rai memenangi gelaran Miss World pada tahun 1994. Sebelumnya  dia juga telah menjadi naib juara Miss India pada tahun yang sama.

Aishwarya Rai sangat terkenal dengan filem yang pernah dibintanginya seperti Guzaarish (2010), Mohabbatein (2000), Dhoom 2 (2006), Guru (2007), Jodhaa Akbar (2008), Enthiran (2010) dan Ae Dil Hai Mushkil (2016). Dia juga terkenal di UK kerana filemnya Bride And Prejudice (2004) dan Provuced (2006).

Lara Dhuta Bhupathi

via boxofficeindia.co.in

Jika Priyanka Chopra mewakili India dalam acara Miss World 2000, Lara Dutta juga pernah memenangi gelaran Miss India 2000 dan juga dihantar ke Miss Universe 2000. Sama seperti pasangannya, Lara juga berjaya membawa pulang gelaran Miss Universe.

Setelah mencuba kariernya sebagai bintang model dan iklan selama dua tahun, Lara akhirnya memulakan kariernya di layar Bollywood menerusi filem Andaaz (2003). Filem ini telah mengangkatnya untuk Filmfare Award sebagai Best Female Debut. Lara Dutta juga dikenali menerusi filem Masti (2004), No Entry (2005), Bhagam Bhag (2006), Partner (2007), Housefull (2010), dan Don 2 (2011). Karya terbarunya adalah filem Bottom yang akan ditayangkan pada tahun ini.

Sushmita Sen

via angelopedia.com

Ketika Aishwarya Rai memenangi kedudukan sebagai naib juara di Miss India 1994, Sushmita Sen telah muncul sebagai pemenang pertama. Kemudian dia mewakili India di acara Miss Universe 1994 dan berjaya membawa pulang mahkota Miss Universe pada tahun itu.

Setelah memenangi anugerah sebagai Miss Universe, Sushmita Sen memasuki dunia perfileman Hollywood. Dia telah berjaya memenangi Anugerah Filem untuk Pelakon Pembantu Terbaik kerana persembahannya dalam filem komedi Biwi No.1 (1999). Namanya semakin dikenali menerusi filem Aankhen (2002), Main Hoon Na (2004) dan Maine Pyaar Kiya? (2005).

Dia Mirza

via youtube

Akhir sekali, Dia Mirza yang memenangi gelaran Miss Asia Pacific International pada tahun 2000. Dia telah memulakan kariernya menerusi filem Rehnaa Hai Terre Dil Mein (2001). Antar filem terbarunya adalah Salaam Mumbai (2016), Sanju (2018), Thappad (2020) dan Wild Dog (2020). Dia juga telah memenangi Anugerah Festival Filem Antarabangsa Dada Saheb Phalke 2020 untuk persembahannya di siri web Kaafir.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

aktresbollywood bekasratucantik
https://lomp.at/1p0tk
Share29Tweet18SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Terpaling Nak Kahwin”-Irma Hasmie Cetus Spekulasi Bersanding Semula Lepas Setahun Bergelar Ibu Tunggal

  2. 2

    [VIDEO] Telatah Anak Siti Nurhaliza, Ramai Teruja Tengok Afiyah ‘Speaking English’

  3. 3

    Fattah Amin Duduk Di Sebelah katil Amira Othman Buatkan Netizen Tersenyum!

  4. 4

    5 Aktres Bollywood Ini Pernah Memegang Takhta Ratu Cantik Dunia

  5. 5

    [VIDEO] “Ada Hikmah Abah Sakit, Akhirnya Anak-Anak Bantu Berniaga” – Aliff Syukri Bersyukur Anak Banyak Membantu

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem