Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Joe Flizzow Teringin Berduet Dengan Sheila Majid & Yuna

by Khai Azfar
January 26, 2021
Share on Facebook

Penyanyi rap popular tanah air, Joe Flizzow secara tiba-tiba muncul ‘trending’ di laman Twitter pada minggu lalu selepas tampil dengan single terbaharunya untuk tahun 2021 yang berjudul ‘Ciao’.

Gabungan Antarabangsa

Menariknya lagi, Ciao bukan sahaja merupakan single utama dari album Johan yang bakal muncul tidak lama lagi keluaran melalui Def Jam Malaysia, malah ia juga adalah gandingan bersama penyanyi rap MK K-Clique dan bintang antarabangsa, Jay Park dari Korea Selatan.

Menurut Joe atau nama sebenarnya Johan Ishak, 42 dia berasa gembira selepas mengetahui namanya trending di tangga teratas platform itu.

“Saya gembira dari pagi nama trending nombor satu di Twitter. Sekali lagi ia menunjukkan bahawa industri muzik ini sebenarnya meriah dan peminat masih setia memberikan sokongan kepada artis-artis tanah air. Saya memang berterima kasih kerana sebagai orang yang sudah lama berkecimpung dalam bidang ini, saya berasa bertuah kerana masih dapat buat perkara yang saya cintai iaitu berkarya dan terus menghiburkan orang ramai di luar sana”

“Dalam masa yang sama, dengan cara tersendiri kami ingin tunjukkan kepada Malaysia kepada dunia. Disebabkan itulah terjadinya kolaborasi antarabangsa ini. Bukan saya nak katakan penting, tetapi kolaborasi ini sedikit sebanyak dapat membantu industri muzik Malaysia kerana masih banyak bakat luar biasa diluar sana perlu ditonjolkan” kata Joe kepada Murai.my

Simpan Hasrat Duet Bersama Dua Penyanyi Hebat

Dalam pada itu, Joe menerusi sidang media secara virtual yang diadakan pada Jumaat lalu turut akui menyimpan hasrat untuk berduet bersama dua penyanyi tempatan yang hebat iaitu Datuk Sheila Majid dan Yuna.Namun begitu, Joe akui projek seumpama itu perlu mendapatkan karya yang tepat.

“Saya merupakan peminat Datuk Sheila Majid. Sekiranya saya dapat peluang untuk berkolaborasi bersama beliau, impian saya akhirnya tercapai. Tetapi sebelum saya nak cadangkan perkara itu, kita perlulah ada sesuatu yang telah ‘terhidang’. Kadang-kadang kolaborasi ini penting tetapi nak merealisasikan sesuatu kolaborasi itu, kita perlu cari citarasa artis yang kita ingin bekerjasama.

“Saya juga berminat untuk bekerjasama dengan Yuna dan kami pernah berbincang mengenainya. Kami pernah bercakap mengenai ingin tunjukkan Malaysia pada mata dunia. Saya begitu kagum dengan semangat dan kekuatannya menjadi antara anak Malaysia yang terbaik. Insyallah kalau ada lagu dengan dunia, ia akan menjadi sesuatu yang hebat. Banyak kolaborasi terhasil pada saat-saat yang kita tak rancang, jadi kita lihat saja nanti” katanya lagi

Lagu yang mendapat sentuhan komposer, Alyph, itu kini boleh dilayari di semua platform digital dan muzik video Ciao hampir merekodkan 1 juta tontonan sejak dimuatnaik Jumaat lalu.

Jejak Yuna: Dari MySpace ke Billboard, Ini 5 Detik Yang Membina Legasinya

YouTube video

datuk sheila majidjoe flizzowYuna
https://lomp.at/7tyma
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

Abby Abadi Beri Respon Kenyataan Umisya-“Jangan Berlebihan Mereka-Reka Cerita…”

by Naddy Joe
April 1, 2026

Pelakon, Abby Abadi tampil memberi penjelas selepas kenyataannya mengenai rumah tangga anak perempuannya, Marissa Dania dan Aslam menimbulkan salah faham...

Read moreDetails
Berita

Aeril Zafrel Tampil Beri Teguran Kepada Tareq Fit!-“Haritu Kau Cakap Aku Dayus..”

by Naddy Joe
April 14, 2026

Pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel tampil memberikan teguran terhadap jurulatih kecergasan sensasi, Tareq Fit yang meluahkan rasa kesal terhadap penyampai...

Read moreDetails
Gossip

Isu Dayana Roza Persoal Kenapa Ramai Lelaki Melayu Curang, Reen Rahim Tampil Beri Respon!

by Naddy Joe
April 15, 2026

Pelakon, Dayana Roza membuat perkongsian bersama peminat selepas tular isu curang dalam perkahwinan orang ramai di media sosial, baru -baru...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Gas Naik Harga? Ini Harga Terkini Gas Bagi Tahun 2026

  2. 2

    Warganet Terharu Petua Mesin Basuh Ini Menjadi!- “Semoga Syurga lah Bagi Siapa Bagi Tips Tu”

  3. 3

    Harga Barang ‘Lock’ Sempena Tahun Baharu Cina Bermula 13 Februari, Ini Yang Orang Ramai Perlu Tahu

  4. 4

    [VIDEO] Bapa Sibuk Gigit Dubai Chew Cookie, Tapi Lain Pula Netizen Nampak- “Tercabut Giginya”

  5. 5

    [VIDEO] “Tidak Ditelan Usia”- Camelia Nyanyi Lagu Ramli Sarip & Khatijah Ibrahim, Suami Pun Sporting Sekali!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara