Berdasarkan Times of India, filem-filem di bawah ini adalah filem yang tidak boleh dilepaskan peluang oleh peminat filem Bollywood untuk menontonnya. Berikut adalah beberapa filem Bollywood terbaik sepanjang masa. Scroll sampai habis okay!
Thappad (2020)
Filem Thappad ini menceritakan mengenai kehidupan Amrita (Taapse Pannu) yang sempurna sebelum menjadi hancur sewaktu suaminya menamparnya di sebuah parti di hadapan keluarga dan rakannya. Filem tahun 2020 ini menunjukkan drama sosial dan kesan yang berlaku apabila wanita enggan untuk tunduk terhadap pasangannya.
Dangal (2016)
Filem yang ditayangkan di India pada 23 Disember 2016 ini adalah berdasarkan kisah benar tentang Mahavir Singh Phogat, seorang ahli gusti senior India yang melatih anak perempuannya, Geeta Phogat dan Babita Kumari untuk menjadi ahli gusti bertaraf dunia. Filem ini dibintangi oleh aktor Aamir Khan yang memainkan peranai sebagai Mahavir Singh Phogat. Filem Dangal sendiri berjaya menarik minat penonton dengan suasana pertandingan gusti membawa emosi cinta pada tanah air.
Parched (2016)
Filem Parched ini ditulis oleh Leena Yadav dan arahan Ajay Devgan di bawah produksi Ajay Devgn Ffilms. Filem ini mengisahkan empat wanita di sebuah kampung yang terpencil di Rajasthan, India. Penduduk di kampung terganggu dengan beberapa jenayah sosial seperti tradisi kuno dan amalan patriarchal.
Bukan itu sahaja, masalah lain seperti perkahwinan kanak-kanak, masalah rogol dalam perkahwinan sehinggalah penderaan fizikal. Filem ini juga menjadi tayangan perdana dalam Festival Filem Antarabangsa Toronto dalam sesi special presentations pada tahun 2015, yang menunjukkan perjuangan empat wanita dalam memerangi jenayah.
Pink (2016)
Filem ini mengisahkan Minal (Taapse Pannu) dan rakannya yang yang terlibat dalam jenayah mencederakan anak saudara polis kerana diganggu. Filem ini juga memaparkan drama sosial di ruang mahkamah India. Minal akhirnya meminta pertolongan dari seorang pesara peguam, Deepak Sehgal (Amitabh Bachchan) untuk mendapatkan keadilan terhadap mangsa.
Satyagraha (2013)
Satyagraha adalah fiem politik berbahasa Hindi oleh Prakash Jha yang ditayangkan pada tahun 2013. Filem ini mengisahkan Dawrka Anand ( Amitabh Bachchan) yang dipenjarakan kerana menyerang seorang koruptor sewaktu meminta ganti rugi atas kematian anaknya Manav (Ajay Devgan).
Rakan anaknya mengadakan kempen bermula dari media sosial sehinggalah meminta bantuan wartawan untuk membebaskannya. Dan hal ini membuatkan semua golongan elit politik menjadi panik. Apakah yang akan terjadi?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.