Monday, June 30, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Korea

5 Jenis ‘Light Stick’ Kumpulan Kpop Yang Membawa Maksud Tersendiri

by Aphit J.
February 7, 2021
66
KONGSIAN
Share on Facebook

Dalam budaya K-pop, light stick memainkan peranan penting bagi peminat dan ia adalah simbol perpaduan dan kekuatan peminat. Walaupun light stick biasanya memiliki tujuan yang sama, tetapi pihak pengurusan akan menambah sentuhan khas pada light stick tersebut bagi mengambarkan identiti sesuatu kumpulan.

Berikut adalah beberapa light stick yang menjadi popular dalam kalangan peminat menurut The Korea Herald.

BTS – Army Bomb

via Youtube

Light stick pertama kumpulan ini dilancarkan di laman peminatnya pada tahun 2015, dua tahun selepas debutnya. Kumpulan ini memilih bentuk seperti bom yang berbentuk spera bagi melambangkan dunia dan populariti yang dianggap telah mencapai ke tahap antrabangsa.

Blackpink – Bbyong Bong

via Koreaboo

Light stick Black Pink adalah produk hasil idea dari 4 ahli kumpulan mereka dan ia juga dirancang untuk digunakan dalam hit terbaru mereka pada ketika itu, “Ddu-Du Du-Du”. Pada awalnya light stick ini tidak dihargai oleh peminat Kpop kerana ia mempunyai bentuk mainan tukul.

Walau bagaimanapun ia tetap diterima oleh peminat kerana ia adalah sesuatu yang tidak dapat dilakukan oleh kumpulan Kpop lain di Korea.

Apink – Panda Bong

via Youtube

Bagi kumpulan Kpop Apink, light stick mereka berbentuk Panda dan bewarna merah jambu. Ini melambangkan nama peminat mereka, Panda, dan merupakan warna rasmi kumpulan itu sendiri.

Menurut The Korea Herald, apabila dihidupkan, hidung, mata, dan telinga panda akan menyala.

GOT7 – Ahga Bong

via Pinterest

Sama dengan Apink, kumpulan Kpop ini menggunakan nama peminat iaitu IGOT7 sebagai inspirasi untuk light stick mereka. Kerana IGOT7 terdengar seperti ‘baby bird’ dalam bahasa Korea, light stick kumpulan ini berbentuk seakan burung dan dan dilengkapi dengan lampu bewarna hijau.

[VIDEO] Kumpulan KPOP TWICE Sokong Palestine, Kolaborasi Lagu "We Pray" Bersama Coldplay dan Elyanna

Mamamoo – Moo Bong

via Ping

Mungkin reka bentuk yang paling unik, Mamamoo telah menggunakan bentuk lobak putih kerana “moo” dalam bahasa Korea diterjemahkan menjadi lobak putih dalam bahasa Inggeris. Menurut The Korea Herald, light stick ini berwarna putih dan hijau, lengkap dengan perhiasan yang berbentuk lobak.

Light stick mungkin kelihatan seperti sebahagian kecil dari industri K-pop, tetapi bagi peminat, itu adalah perkara yang sangat dititikberatkan. Peminat akan sentiasa menunggu pengumuman mengenai pengeluaran light stick baru dan akan menghadapi masalah untuk membuat tempahan awal.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
artis kpopkpop fanskpop light stickpeminat kpop
https://lomp.at/lpcae
Share26Tweet17SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Ada Hikmah Abah Sakit, Akhirnya Anak-Anak Bantu Berniaga” – Aliff Syukri Bersyukur Anak Banyak Membantu

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem