Nak Kekal Muda Seperti Jennifer Lopez? Ini Menu Harian Yang Dia Kongsikan!

Mesti Baca

‘Tokti’ Pun Puji! Peminat Kagum Hannah Delisha Miliki Suara Merdu

Belum pun 'habis' memperkatakan mengenai perkahwinannya, pelakon Hannah Delishah sekali lagi mencuri perhatian peminat menerusi sebuah video 'teaser' yang...

Wow! Ramai Terkejut Lihat Wajah Ezurin Khyra Pada 21 Tahun Yang Lalu

Siapa saja tak kenal dengan nama Datin Ezurin Khyra yang mendapat gelaran ‘Crazy Rich Asian’ oleh peminatnya. Pada tahun...

Mak Ayah Dihina Sampai Panggil ‘Bodoh’? Dekati Kisah Kak Girl Yang Menyentuh Hati

Kak Girl sebak hingga mengalirkan air mata dalam sebuah video temubual eksklusif bersama selebriti dan influencer oleh Subhome. Dalam video...

Mesti ramai yang tidak percaya bahawa usia Jennifer Lopez sudah mencecah 50-an, ini adalah kerana penampilannya yang sentiasa cantik berseri dan fizikalnya yang begitu sempurna.

Selain memiliki gen yang luar biasa, dia juga sentiasa berusaha dan bersungguh-sungguh dalam memastikan rejim kecergasan dan dietnya berjalan dengan baik. Pada JLo selain dari senaman, dia juga sentiasa mengamalkan diet yang agak ketat kerana padanya, diet yang ketat adalah kunci untuk mencapai bentuk tubuh yang sihat dan cergas.

Dalam soal pemakanan dan kecergasan yang sihat, JLo sangat arif dan tahu apa yang baik dan tidak baik untuk dilakukannya.

Jika anda mengidolakan bentuk tubuh yang cantik dan sihat seperti JLo dan ingin tahu menu hariannya, jom kita tengok senarai yang kami sediakan.

Sarapan Pagi

via wellplated.com

JLo biasanya akan memulakan harinya dengan smoothie yang sihat. Smoothie kegemarannya biasanya diperbuat dari blueberry, rasberry, strawberry, greek yogurt, kayu manis, madu, serbuk protein, jus lemon dan beberapa ketulan ais.

Sekiranya dia mahukan sesuatu yang sedikit berbeza, dia akan menyediakan oatmeal bersama buah-buahan. Penyanyi ini juga tidak suka mengambil kafein melainkan ia tanpa cafein. “Saya tidak minum kafein sudah bertahun-tahun,” kata JLo.

Makan Tengah Hari

via Pinterest

JLo sering mengambil salad dalam makanan tengah harinya. Dia akan menyediakan banyak sayur-sayuran, salmon, lada dan zucchini. Dia juga suka menambah biji labu yang dipanggang, feta dan bawang merah. dia juga akan meletakkan sedikit minyak zaitun dan jus lemon ke dalam saladnya.

“JLo tidak suka makan makanan yang diproses dan sentiasa mendapatkan nutrien yang seimbang dari produk sayur-sayuran,” kata pelatihnya.

JLo juga gemar menambahkan sumber protein di dalam makanannya seperti telur, ayam belanda, ikan atau ayam. Kadang-kadang dia akan meletakkan kacang tanpa garam.

Makan Malam

via CookingLight

Jlo selalunya akan makan malam bersama anak-anaknya ketika dia pulang dari bekerja. Dia sangat suka pada makanan yang kaya dengan protein dan banyak sayur-sayuran. Penyanyi ini sering menghidangkan hidangan beras perang, quinoa dan sweet potato. Salah satu hidangan kegemarannya adalah dada ayam panggang, sweet potato dan brussel sprouts. Ketika hari dia bekerja, JLo biasanya akan makan di restoran namun masih menjaga dietnya.

“Kebanyakan restoran ada menawarkan beberapa makanan sihat dengan jumlah kalori yang sangat sedikit,” katanya. “Kemudian, saya akan memilih salad atau ikan dengan sayur-sayuran. Sudah tentu saya juga akan memastikan untuk minum air yang secukupnya semasa makan malam. Pada saya, protein sangat sesuai untuk makan malam, Ia akan membuatkan saya rasa lebih bertenaga sepanjang hari disamping dapat menjadi bahan bakar yang sempurna untuk otot,” katanya lagi. 

IKLAN




Pencuci Mulut

via Pinterest

Walaupun diet harian JLo sangat sihat, ianya tidak sedikit pun membatasi dirinya dari menikmati pencuci mulut yang sentiasa menjadi kegemarannya dari semasa ke semasa.

“Kadang-kadang saya masih makan makanan ringan namun dengan kuantiti yang sederhana. Antara makanan ringan kegemarannya adalah chocolate chip cookie dan pai.”

 

Terkini

Park Bom Nekad Berpindah Ke Sebuah Pulau, Ini Alasannya!

Penyanyi Korea dan bekas ahli kumpulan 2NE1, Park Bom yang berada dalam episod rancangan televisyen 'On & Off',  berkongsi...

Artikel Berkaitan