Memoir Priyanka Chopra berjudul Unfinished yang telah dilancarkan ini mempunyai pelbagai catatan yang dikongsi olehnya. Aktres filem Bajirao Mastani telah mengumpulkan beberapa pemerhatian, esei peribadi, dan kisah-kisah dari kariernya selama dua dekad dalam dunia hiburan.
Salah satu topik yang dibincangkan oleh Priyanka Chopra dalam Unfinished adalah penyesalan beliau yang menyokong krim pencerah suatu ketika dahulu. Priyanka berkongsi dalam memoirnya bagaimana beliau menyokong produk dan krim pencerah.
Percaya Kulit Gelap Tidak Cantik
Priyanka Chopra menyatakan bahawa pencerahan kulit adalah normal di Asia Selatan. Ianya adalah industri yang besar sehingga semua orang melakukannya.
“Pencerahan kulit begitu normal di Asia Selatan. Industri ini begitu besar sehingga semua orang melakukannya. Sebenarnya, melakukannya merupakan tanda apabila anda seorang pelakon wanita, tetapi ianya mengerikan. Dan amat mengerikan bagi saya, untuk seorang gadis kecil yang biasa menggunakan krim serbuk talkum pada wajah kerana saya percaya bahawa kulit gelap tidak cantik.”- Priyanka Chopra
Mahu Warna Kulit Berubah
Priyanka Chopra sebelum ini pernah membincangkan perkara yang sama pada tahun 2015 ketika ditanya oleh Barkha Dutt.
“Saya merasa sangat tidak senang, itulah sebab saya berhenti melakukannya. Semua sepupu saya adalah gora-chitta (cerah). Saya seorang yang berkulit dusky kerana ayah saya dusky. Hanya untuk berseronok, keluarga Punjabi saya memanggil ‘kaali, kaali, kaali’ (gelap/hitam) pada saya. Pada usia 13 tahun, saya ingin meletakkan krim pencerah dan mahu warna kulit saya berubah.”- Jelas Priyanka Chopra
Bercakap mengenai penerbitan memoirnya, Unfinished, pembaca dapat melihat Priyanka Chopra membicarakan mengenai zaman kanak-kanaknya, isu perkauman yang dihadapi sewaktu menjadi pelajar di US (United States), memenangi pertandingan Miss India dan Miss World, percubaannya dalam Bollywood dan Hollywood, dan rintangan yang dihadapinya dalam dunia hiburan di samping pelbagai kemenangan lain yang dimenanginya.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.