Ada Yang Lamar Di Paris! Ini Kisah Lamaran 5 Bintang Bollywood

Mesti Baca

Nur Sajat Dedah Anggota Badan Jadi Bengkak, Tidak Dapat Hadir Ke Mahkamah

Selasa lalu, media tempatan melaporkan usahawan selebriti sensasi, Nur Sajat Kamaru zaman dikenakan waran tangkap oleh Mahkamah Tinggi Syariah...

‘Terima Kasih Banyaklah!’- Zarina Zainuddin Kesal Bekalan Air Di Rumah Kena Potong

Pelakon Zarina Zainuddin hari ini meluahkan rasa kecewanya terhadap tindakan Pengurusan Air Selangor. Menurut hantaran terbarunya di akaun instagram...

Ikuti Jejak Kylie & Kim, Kris Jenner Bakal Mempunyai Jenama Kecantikan Sendiri

Kris Jenner bakal menceburkan diri dalam perniagaan kecantikan. Beliau dikatakan mengikuti jejak langkah anak perempuannya yang turut mempunyai empayar...

Terdapat ramai pasangan selebriti di Bollywood yang telah menunjukkan kisah cinta yang sempurna dan bahagia tidak terhad dalam filem sahaja. berikut adalah beberapa kisah lamaran bintang Bollywood yang akan membuatkan anda kagum dengan effort mereka. Ingin tahu dengan lebih lanjut? Stay tune guys!

Shah Rukh Khan & Gauri Khan

Kisah cinta Shah Rukh Khan dan Gauri Khan adalah antara pasangan suami isteri yang menjadi dambaan Bollywood. Pasangan yang melangsungkan perkahwinan pada tahun 1991 ini masih kekal bahagia sehingga sekarang.

Mereka mulanya sudah lama bercinta tetapi setelah berlaku beberapa keretakan dalam hubungan mereka, Gauri pergi ke Mumbai. Hanya mempunyai wang sebanyak Rs 10,000 dalam poket, Shah Rukh Khan mengikutinya dari Delhi dan menemuinya di sebuah pantai di Mumbai. Kemudian Shah Rukh Khan berlutut dan melamarnya di situ.

  Saif Ali Khan & Kareena Kapoor Khan

Saif Ali Khan dan Kareena Kapoor Khan saling jatuh cinta pada lokasi penggambaran filem ‘Tashan’. Saif melamar Kareena dua kali tetapi aktres itu menolak lamarannya kerana belum sedia untuk menggalas komitmen.

Saif Ali Khan pertama kali melamar Kareena di sebuah bar, di mana aktres tersebut menyatakan tidak. Kemudian, aktor itu mencuba lagi untuk melamar di gereja Notre Dame, tetapi tetap tidak berjaya. Saif Ali Khan kemudian cuba untuk melamar Kareena di mana ayahnya mendiang pemain kriket  Mansoor Ali Khan Pataudi melamar ibunya Sharmila Tagore di Paris. Dan akhirnya Kareena bersetuju!

Priyanka Chopra & Nick Jonas

Priyanka Chopra merasmikan hubungan mereka setelah membuat penampilan bersama di Met Gala pada tahun 2017. Pasangan ini berkahwin setelah setahun bercinta. Bintang pop Amerika itu menutup sebuah kedai perhiasan mewah di London untuk memilih cincin Priyanka. Nick Jonas kemudian melamar Priyanka Chopra sehari sebelum ulang tahunnya ketika dalam perjalan ke Crete, ketika beliau berlutut dan bertanyakan kepada Priyanka Chopra.

Akshay Kumar & Twinkle Khanna

Twinkle Khanna terkenal dengan komen-komennya yang lucu. Kisah lamarannya juga cukup unik. Beliau jatuh cinta pada Akshay sewaktu mereka dalam penggambaran filem ‘International Khiladi’ pada tahun 1999. Setelah bercinta selama setahun, aktor tersebut mengajukan pertanyaan kepada Twinkle hanya untuk ditolak olehnya.

Semasa dalam rancangan Koffee With Karan, Twinkle memberitahu bahawa beliau yakin filemnya ‘Mela’ (2000) akan berjaya di box office. Twinkle kemudian memberitahu Akshay bahawa beliau akan berkahwin dengan Akshay jika filem tersebut tidak berjaya di box office. Nasib baik, filem tersebut tidak berjaya dan akhirnya beliau berkahwin dengan Akshay Kumar.

Aishwarya Rai & Abhishek Bachchan

 

Aishwarya Rai dan Abhishek Bachchan adalah antara pasangan Bollywood yang paling diminati ramai. mereka pernah bekerjasama dalam beberapa buah filem sebelum akhirnya mereka salin jatuh cinta di lokasi filem ‘Guru’.

Ketika ceritanya masih berjalan, Abhishek berlutut di balkoni sebuah hotel di New York dan bertanya pada Aishwarya Rai sambil memegang sebentuk cincin. Aishwarya Rai menerima lamarannya dan pasangan itu telah berkahwin dan masih kekal sehingga hari ini.

 

Terkini

“Bukan Anda Buat Kerja Tuhan”- Alicia Amin Pertahankan LGBTQ

Rata-rata masayarakat di Malaysia sudah mengetahui bahawa LGBTQ (Lesbian, Gay, Bisexual, Transgender, Questioning) tidak dibenarkan di Malaysia malah telah...

Artikel Berkaitan