Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

“Dosa Fitnah Tu Besar Ya”- Aqil Zulkiflee Akui Kehidupan Terjejas Akibat Difitnah

Namun, dia bertindak untuk tidak menunjukkannya

by Naddy Joe
January 4, 2022
Share on Facebook

Pemenang trofi Kategori Youtuber Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-34, Aqil Zulkiflee mengakui pelbagai perkara dalam kehidupannya kini telah terjejas berikutan difitnah di media sosial baru-baru ini.

Berdiam Diri Walau Diejek & Dimaki

Menerusi luahan yang dibuat menerusi Insta Stories, Aqil memberitahu dia mengambil keputusan untuk berdiam diri selama ini walaupun mendapat ejekan dan makian daripada orang lain.

“Orang mengejek, memaki, mengata macam-macam selama ni Aqil diam je. Kita manusia ada kekurangan, kelemahan, kesalahan masing-masing.

Tapi kalau dah sampai fitnah nak jatuhkan reputasi, bisnes orang, tu memang melampau. Dosa fitnah tu besar ya..”-luah Aqil

Terus Hiburkan Peminat

Meskipun kehidupannya terjejas,  namun dia bertindak untuk tidak menunjukkannya kerana harus meneruskan kerja dan menghiburkan orang lain.

“Sampai terjejas macam-macam dalam hidup Aqil. Tapi Aqil tak boleh tunjuk semua sebab kena teruskan kerja, hiburkan orang seperti biasa, kerja macam biasa.

Berani kerana benar. Allah kan ada.”- katanya 

Bakal Ceritakan Di Youtube Apabila Kes Selesai

Dalam pada itu, Youtuber ini akan menceritakan perihal yang terjadi di laman Youtube nya kelak apabila kes mahkamah telah selesai . Buat masa ini,  dia hanya akan membiarkan peguamnya menjawab segala pertanyaan yang diajukan.

“Aqil akan ceritakan kesemuanya di Youtube bila kes mahkamah selesai. Buat masa sekarang Aqil diam & biar peguam saa balas segala pertanyaan.”- katanya lagi

Baru-baru ini, Murai MY melaporkan Aqil telah mengambil tindakan undang-undang selepas terdapat pihak yang memfitnahnya dengan pelbagai tohmahan. Antaranya seperti dia dikatakan sebagai individu  yang sombong,tidak suka kepada kanak-kanak dan beberapa tuduhan lain.

Susulan itu, tindakan undang-undang tersebut dibuat selepas nama baiknya terjejas dan turut alami tekanan perasaan apabila  terdapat mereka yang mempercayai kenyataan fitnah yang ditulis.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Aqil Zulkiflee
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara