Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Isu Kemalangan Pemandu Treler : Ahmad Fedtri Yahya Titip Pesanan Buat Masyarakat!

Posting yang dimuatnaik oleh Fedtri itu turut mendapat respon daripada Fahrin Ahmad

by Naddy Joe
January 5, 2022
Share on Facebook

Video yang tular mengenai insiden kemalangan yang melibatkan pemandu treler dengan tiga buah kereta lain mendapat reaksi dari pelbagai pihak termasuklah pengacara dan komposer terkenal, Ahmad Fedtri Yahya yang tampil menitipkan pesanan kepada orang ramai terhadap kejadian yang berlaku.

Titip Pesanan Mendalam Buat Masyarakat

Menerusi posting di Instagram, Fedtri memberitahu  sudah tiba masanya untuk masyarakat belajar  membezakan pemabuk dengan pemandu yang berada dalam keadaan sakit.

“Tiba masa untuk kita belajar membezakan aksi pemabuk dan orang yang sakit.”  pesan Fedtri

Berharap Nama Allahyarham & Keluarga Dapat Dibersihkan

Menurut Fedtri, sehingga kini terdapat banyak kes individu yang meninggal dalam kenderaan akibat serangan jantung dan dalam masa yang sama mendoakan agar nama allahyarham dan keluarganya dapat dibersihkan. Sebelum ini, wanita yang menularkan video tersebut telah mendakwa lelaki itu  berada dalam keadaan mabuk.

“Sebenarnya, ramai yang meninggal dalam kenderaan akibat serangan jantung. Kalau mabuk, memang pekat baunya dan reaksi wajahnya pun sangat berbeza.

Semoga nama arwah dan keluarga dapat diselamatkan.”- katanya

Mendapat Respon Fahrin Ahmad

Posting yang dimuatnaik oleh Fedtri itu turut mendapat respon daripada rakan sejawatnya yang juga pelakon, Fahrin Ahmad yang menitipkan pesanan terhadap masyarakat mengenai adab dalam berkongsi sesuatu perkara di media sosial.

“Manusia juga harus belajar etika dan adab berkongsi..Bezakan apa yang boleh tak boleh. Patut tak patut dimuatnaik.

Terlajak UPLOAD memang boleh dipadam, tapi ramai dan screenshot dan repost dah pun..”-Komen Fahrin

Pemandu Treler Alami Serangan Jantung & Bukan Kerana Mabuk

via Sinar Harian

Terdahulu, Murai.my melaporkan  video tular yang memaparkan insiden kemalangan melibatkan sebuah treler dengan tiga buah kereta di Jalan BRP 8/2, Sungai Buloh berhampiran sebuah kilang.

“Pemandu treler itu dipercayai sakit dada sehingga menyebabkan kenderaan itu hilang kawalan lalu melanggar  tiga buah kereta yang diparkir di bahu jalan.

Lelaki itu dilaporkan telah meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh pada jam 12.09 tengah hari. Punca kematian adalah ‘myocardial infarction’ (serangan jantung).”-Kata Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superitendan Shafa’aton Abu Bakar dalam sebuah kenyataan

Video tersebut turut mendapat perhatian beberapa selebriti popular seperti Datuk Nora Arifin dan Iesya Toh. 

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Ahmad Fedtri Yahya
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Faisal Halim Jawab Mesej Tular- “Kita Boleh Berhubung Secara Baik”

  2. 2

    Ingatkan Kotor, Rupanya Bentuk Garfu Pula Jadi Perhatian! Pelanggan Terhibur Dengan Penemuan Pelik Di Restoran

  3. 3

    Anak Sulung Aziz Sattar Meninggal Dunia, Pernah Mengisi Layar Anakku Sazali

  4. 4

    Niat Nak Bercuti, Berakhir Di Dewan Bedah! Dakwaan Kecederaan Serius Di Taman Rekreasi Cetus Kerisauan

  5. 5

    Katil Besi Sampai Patah Dua! Penyewa Didakwa Hilangkan Diri Selepas Tinggalkan Kerosakan Cetus Rasa Kecewa

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara