• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz HotList

Tak Sangka! 5 Artis Indonesia Ini Pernah Beribadat Di Gereja Ketika Masih Beragama Islam

Beberapa artis Indonesia ini mengaku pernah memasuki gereja ketika masih beragama Islam

by Naddy Joe
January 6, 2022
Share on Facebook

Siapa sangka beberapa artis ini membuat pengakuan pernah memasuki gereja sewaktu masih beragama Islam. Anda ingin tahu siapakah artis yang dimaksudkan? Scroll sampai habis okay!

Ananda Soebandono

Abang kandung kepada pelakon Alyssa Soebandono iaitu Ananda Soebandono membuat keputusan untuk menukar agama dari Islam kepada agama Kristian. Dikatakan, dia sempat melakukan ibadah di gereja sewaktu masih beragama Islam.

“Saya masuk ke gereja, pertama kali saya masuk, perasaan saya sangat luar biasa, dan jujur saya takut, saya seorang Muslim masuk ke gereja.

Perasaan saya seperti kita orang Indonesia ke Eropah di mana majoritinya Caucasian dan kita Asia sendiri. Saya berasa rendah diri seperti itu, tetapi saat itu saya tidak kisah.”-Ananda Soebandono

Kiki Fatmala

Walaupun beragama Islam, Kiki Fatmala pernah memohon kepada rakan-rakannya untuk menjemputnya melakukan ibadat di gereja. Hal ini berlaku selepas dia akui rasa tersentuh apabila mendengar lagu kerohanian di gereja.

Sewaktu berada di gereja, Kiki menceritakan dia berasa bimbang akan ditangkap kerana masih beragama Islam.

“Saya tanya, ‘bolehkah saya datang ke gereja?’. Pertama kali saya ke gereja, saya diajak berada di kedudukan paling hadapan.

Saya melihat kamera, saya terus menyembunyikan wajah kerana takut orang lain tahu saya menganut agama lain. Saya takut tetapi saya mahu mendengarnya (lagu kerohanian gereja.”-Kiki Fatmala

Kriss Hatta

Pelakon sinetron Surga Yang Tak Dirindukan The Series, Kriss Hatta telah menukar agamanya dari Kristian kepada agama Islam ketika hubungannya dengan aktres dan model jelita Hilda Vitria semakin serius. Namun,hubungan mereka telah terputus di tengah jalan setelah Kriss ditahan di penjara.

Ketika menjalani hukumannya, Kriss berasa teragak-agak untuk beribadat di masjid atau di gereja dan membuat keputusan untuk pergi ke gereja walaupun dia masih berstatus individu beragama Muslim ketika itu.

“Di dalam penjara ada masjid dan gereja, waktu itu masjid dan gereja hanya bersebelahan dan saya melihat kiri dan kanan, pergi ke arah masjid tapi saya berundur kembali.

Pergi ke gereja dan berundur lagi. Saya rasa risau. Keeseokan harinya saya cuba datang lagi, pada waktu itu saya keliru dan saya datang lagi, akhirnya saya buat keputusan untuk memasuki gereja.”-Kriss Hatta

Kriss bagaimanapun mengakui telah kembali menganut agama Kristian pada Oktober 2019 yang lalu.

Dena Rachman

Walaupun dilahirkan dalam keluarga yang beragama Islam, Dena Rachman mengakui dirinya seorang atheist kerana merasakan Tuhan menjadikannya berbeza dengan orang lain.

Dia turut akui merasakan kedamaian sewaktu menghadiri  pengebumian rakan bapanya yang meninggal dunia dan terus membuat keputusan untuk menyertai ibadat di gereja sebelum menganut agama Kristian.

“Apabila saya berada di sana, saya bertanya sama ada akan ke sanakah saya pergi. Waktu itu perayaan Krismas dan ia adalah perjalanan yang menyeronokkan.

Tiba-tiba saya membuka brosur (gereja) isinya kandungan mengatakan ianya terbuka kepada semua orang, termasuk warna kulit dan jantina.”-Dena Rachman

Ari Wibowo

Pelakon, model, dan penyanyi Indonesia, Ari Wibowo menceritakan sewaktu dirinya masih kecil, dia bersekolah di Jerman yang berlandaskan agama Kristian. Dia turut membuat keputusan untuk pergi ke gereja kerana enggan berasa bosan.

Namun tanpa disangka, Ari berkata dia merasakan ‘bisikan Tuhan’ sekaligus telah membuatkan hatinya rasa damai dan tenteram lalu memeluk agama Kristian ketika dewasa.

“Entah kenapa ada suara di hati saya atau di fikiran saya, ikut sujud menyembah, ikut berdoa, berlutut dan berdoa.

Saya turuti sahaja, selesai berdoa saya lihat langit rasa sangat indah, sangat damai, saya merasa mahu disayangi, hanya itu yang boleh saya gambarkan seorang kanak-kanak berusia 9 tahun yang tidak memahami Tuhan. Tuhan itu wujud dan menyayangi saya.”-Ari Wibowo

Ananda Soebandonoari wibowoDena RachmanKiki FatmalaKriss Hatta
https://lomp.at/msu8a
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Filem

Bukan Tipu! 7 Filem Hollywood Ini Lakukan Adegan Seks Yang Nyata

by Phic ARMAN
August 15, 2018

Beberapa filem Hollywood kadang-kadang memerlukan lakonan yang lebih natural untuk mendapatkan adegan yang memuaskan. Malah ada juga beberapa aktor tidak...

Read moreDetails
Gossip

6 Kontroversi Selebriti Malaysia Yang Membabitkan RUMAH SYAITAN !

by Ayden Mikhael
April 22, 2018

Boleh dikatakan setiap tahun pasti akan timbul kisah selebriti Malaysia dan kelab malam (clubbing) atau lebih dikenali dengan rumah syaitan....

Read moreDetails
HotList

5 Artis Malaysia Berpakaian Seksi Yang Tular di Tahun 2018

by Zaidin Albert
December 24, 2018

Tak terasa ya, pada ketika ini kita sudah memasuki akhir tahun 2018, bila diimbas kembali, berbagai hal yang berhubungan dengan...

Read moreDetails
HotList

Kontroversi 5 Kes Putus Tunang Selebriti Yang Sukar Untuk Dilupakan

by Zaidin Albert
March 21, 2019

Kisah asmara selebriti memang selalu menarik diperhatikan. Tak menjadi hairan jika netizen selalu heboh jika ada hubungan cinta selebriti yang...

Read moreDetails
HotList

Selain Datin Nina Jureen, 5 Selebriti Ini Sebenarnya Kerabat Diraja

by Khai Azfar
August 18, 2017

Lazimnya kita mendengar selebriti dikaitkan dengan kerabat diraja tertentu. Tapi tahukah anda sebenarnya terdapat beberapa selebriti tanah air yang sememangnya...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  2. 2

    Tolak Cadangan Tunjuk IC, Penjelasan Khairul Aming Buat Ramai Terdiam- “Tak Semua Tahu PDPA Ni”

  3. 3

    Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

  4. 4

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  5. 5

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore