Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Gossip

Michael Ang Dedah Sebab Muncul Sebagai Penyanyi, Sedia Terima Kecaman

Menurut Michael, sebelum ini dia mempunyai masalah depresi

by Khai Azfar
January 7, 2022
35
KONGSIAN
Share on Facebook

Pengarah terkenal yang kini bergelar penghibur, Michael Ang membuat kejutan kepada peminat dan kenalan selebriti apabila tampil dengan sebuah single berjudul Cinta Atau Propa.

Michael Ang Hidapi Depresi 

Menjelaskan lebih lanjut mengenai single pertama nya ini, Michael berkata permulaannya dalam bidang nyanyian adalah berikutan perihal dirinya sendiri. Menurut Michael, sebelum ini dia mempunyai masalah depresi dan secara kebetulan pihak Indigital Music telah menawarkannya untuk merakam lagu.

“Sebelum ini saya mempunyai banyak masalah peribadi, kerja dan juga COVID-19 yang melanda. Saya sangat stress. Jadi bila saya ditawarkan untuk menyanyi, saya cakap kepada pihak Indigital Music, “okay buat”” katanya

Bagaimanapun, menurut selebriti serba boleh ini, dia ingin menarik diri tidak lama kemudian kerana berasa tidak yakin dengan kemampuannya sebelum diberi dorongan dan semangat oleh syarikat rakaman berkenaan serta mereka di sebalik pembikinan lagu ini, Hafiz Hamidun dan Killa Drillz.

“Tapi selepas itu saya hubungi Nana dari Indigital Music saya cakap saya tak nak buat sebab saya tak yakin. Mereka cuba yakinkan saya dengan cuba dahulu dan sekiranya memang tak boleh baru kami batalkan.

“Bila saya dah cuba, saya dapat banyak bantuan dari komposer lagu ini iaitu Killa Drillz dan Hafiz Hamidun yang banyak memberi bimbingan sepanjang merakam lagu ini. Sejujurnya saya tahu suara saya tak sedap tetapi saya cuba yang terbaik dan tak sangka bila dah dengar macam sedap pula” katanya lagi

Bersedia Untuk Dikecam

Ketika ditanya mengenai soal persediannya menerima kecaman daripada orang ramai, Michael berkata dia terbuka untuk menerima segala teguran kerana beranggap ia adalah hak masing-masing untuk memberikan pendapat.

“Bagi saya untuk mengkritik itu adalah hak individu untuk cakap sedap ke tak sedap ke,sama juga dengan pendirian saya. Kalau saya dengar orang menyanyi dalam GV atau apa sekalipun terutamanya dalam pertandingan,saya akan kritik tetapi jika anda perasan lagu mereka yang baru dilancarkan saya tidak pernah kritik cakap sedap atau tidak.

“Sama juga bila saya buat drama atau filem, semua orang ada hak untuk kritik dan saya tak sepatutnya mudah melenting. Buat siapa yang mengikuti saya, saya tidak pernah menjawab apabila orang kritik begitu dengan lagu ini.

“Bila dah keluar, saya sepatutnya bersedia untuk terima kritikan atau pujian daripada orang ramai. Semuanya saya terima dan saya tidak akan melatah atau marah sebab bagi saya mereka mempunyai hak untuk mengkritik begitu juga dengan saya yang akan terus mengkritik” kongsi Michael kepada Murai.my

Michael ditemui secara virtual dalam sidang media pelancaran lagu Cinta Atau Propa pada petang Khamis. Untuk info, lagu ini merupakan hasil ciptaan pendatang baharu dalam industri, Killa Drillz manakala Hafiz Hamidun bertindak sebagai produser.

Michael Ang Bidas Netizen Yang Tuduh Siti Nurhaliza Dibayar Untuk 'Perform' Di Majlis Rumah Terbuka KKM
YouTube video
What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
michael ang
https://lomp.at/2luvl
Share14Tweet9SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem